30 April 2016 - 02:40
Pertemuan pegawai Arab Saudi dan Zionis terbongkar

Perjanjian damai antara Riyadh dan Tel Aviv sudah tidak jauh dari realiti.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sebuah media israel minggu ini mendedahkan sebuah pertemuan rahsia antara rejim Zionis dan negara-negara teluk yang dikepalai Arab Saudi.

Harian Israel Maariv melaporkan pertemuan tersebut terjadi dalam tempoh tiga tahun lalu.

Menurut Maariv lagi, pertemuan itu telah dilangsungkan di Rom, Czechoslovakia dan India dengan tujuan membincangkan cabaran bersama yang dihadapi entiti Arab dan Zionis. Cabaran yang dimaksudkan itu ialah kestabilan serantau dan Iran merupakan musuh bersama.

Dalam pertemuan itu, Duta Arab Saudi ke Washington, Anwar Eshki bertemu dan Ketua Pengarah Kementerian Luar Israel, Doere Gold mencapai persetujuan bahawa perjanjian damai antara Riyadh dan Tel Aviv sudah tidak jauh dari realiti.

Antara fakta yang mengejutkan dalam laporan tersebut ialah pegawai tinggi Israel dibenarkan bergerak bebas di ibukota negara Arab tersebut.

Kita tidak boleh mengabaikan kepentingan bersama yang dibangunkan antara Israel dan beberapa negara Teluk," lapor Maariv sambil menegaskan sebuah kajian statistik menunjukkan kebanyakan rakyat Saudi lebih bimbang terhadap Republik Islam Iran berbanding Israel.