27 Mei 2016 - 15:42
Musuh menyerah dan menerima Iran sebagai kuasa nuklear

Bukan musuh yang memberikan hak kepada Iran, namun Iran sendiri yang mencapainya - Ayatullah Khamenei


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran berkata, kemampuan Iran dalam menerokai teknologi Nuklear menyebabkan musuh menyerah diri dan menerima negara ini sebagai kuasa nuklear.

Beliau berkata demikian pada hari Khamis dalam pertemuan bersama para ulama di Tehran. Khamenei berkata, "Pada suatu masa musuh-musuh tidak dapat menerima walaupun satu loji di Iran, namun akhirnya mereka menyerah kalah dalam menghadapi kekuatan nuklear Iran."

"Faktanya ialah, bukan orang Amerika yang memberikan hak kepada kita, malah kita sendiri yang mencapai kekuasaan," tegas beliau.

Iran dan lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, iaitu Amerika, Perancis, Britain, China dan Russia serta Jerman telah menandatangani kesefahaman JCPOA pada 14 Julai 2015 setelah dua tahun setengah rundingan intensif berjalan.

Dalam rundingan tersebut, semua sekatan ekonomi yang berkaitan dengan isu nuklear ke atas Iran hendaklah dicabut balik.

Khamenei turut mengingatkan agenda musuh yang melancarkan perang psikologi ke atas negara Iran setelah mereka gagal menundukkan bangsa Iran dalam beberapa tindakan aggresif.