1 Ogos 2016 - 17:23
Tentera Yaman serang pengkalan Arab Saudi di Najran

Tentera Yaman dan pasukan sukarela rakyat berjaya menawan pengkalan tentera Saudi di Najran setelah tercetus pertempuran sengit.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Dalam perkembangan terkini, tentera Yaman dan pasukan sukarela rakyat dilaporkan menghadapi pertempuran sengit dengan tentera Saudi di Najran. Dua kereta kebal Abram kepunyaan Arab Saudi dilaporkan musnah apabila roket Zalzal III menghujani pengkalan tentera di kawasan tersebut.

Sementara itu, kabilah Houthi berjaya menawan 8 pos kawalan Saudi di al-Jawf pagi kelmarin setelah bertempur dengan tentera yang setia dengan bekas presiden Mansour Hadi di al-Hazm.

Kejayaan ini memudahkan pasukan Houthi mengepung bandar al-Hazm yang terletak di daerah al-Jawf.

Dalam masa yang sama, pertempuran sengit antara gerakan Ansarullah Yaman dengan tentera Mansour Hadi tercetis di pergunungan Doud, daerah Sanaa.

Tentera Saudi juga melancarkan serangan udara ke atas daerah Nihm untuk mencegah kemaraan kabilah Houthi di bahagian Timur.