Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pegawai Tentera Amerika melaporkan empat bot tentera Iran menghampiri kapal pemusnahnya di Selat Hormuz.
Panglima operasi tentera laut Amerika, John Richardson berkata, kejadian ini meningkatkan ketegangan sebagaimana penahanan 10 anggota marinnya pada bulan Januari lalu.
Beberapa pegawai Amerika berucap di Washington menyifatkan insiden ini sebagai mengancam keselamatan kerana bot-bot Iran itu amat laju menghampiri kapal pemusnahnya.
Akibatnya, tentera laut Amerika terpaksa bertindak mengubah haluan kapalnya bagi menghindari bot-bot Iran tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Iran Hossein Dehqan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak bertindak balas sekiranya wilayah kedaulatannya dicerobohi tentera asing itu.