Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Pasukan keselamatan Iran telah menyerang habis-habisan pengganas yang disokong asing di wilayah Sistan dan Baluchestan di tenggara negara itu, dengan menawan semua individu yang bertanggungjawab ke atas serangan maut terhadap konvoi polis pada akhir Oktober tahun lepas.
Pasukan tersebut dilaporkan menjalankan operasi anti-pengganas besar-besaran dan tepat di kawasan sempadan dengan Pakistan dan menangkapi pengganas-pengganas itu di tempat persembunyian mereka.
Pada 26 Oktober 2024, sepuluh anggota pasukan penguatkuasa undang-undang Iran terbunuh dalam satu serangan pengganas di daerah Gohar Kuh, Daerah Taftan.
Kumpulan penggana yang menamakan diri Jaish al-Adl mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut, yang merupakan antara serangan paling dahsyat di wilayah Sistan dan Baluchestan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Kumpulan pengganas yang disokong asing itu, yang berpangkalan di Pakistan, telah terlibat dalam banyak serangan yang mensasarkan kedua-dua orang awam dan pasukan keselamatan di seluruh wilayah sempadan itu dalam beberapa tahun yang lalu.
"Kami berjumlah sembilan orang dalam serangan ini. Kami pergi ke lokasi dengan menaiki dua kereta: sebuah Peugeot 405 perak dan sebuah Peugeot Pars. Kami bersembunyi di sebalik sebuah bangunan berhampiran jalan raya, dan melancarkan serangan mengejut sebaik saja kenderaan polis muncul," kata Younes Dehmardeh, seorang anggota kumpulan pengganas yang telah ditumpaskan itu, dalam pengakuannya.
Pengganas yang ditawan itu mengakui bahawa anggota bukan Iran dari kumpulan pengganas Jaish al-Adl telah membunuh dengan kejam dan ganasnya komander dan anggota perkhidmatan balai polis Gohar Kuh.
Mereka mendakwa telah menjalani latihan di sebuah markas Jaish al-Adl di suatu tempat di barat daya Pakistan selama 10 hari. Mereka dibekalkan dengan beberapa buah raifal serbu Kalashnikov sebelum menyusup masuk merentasi sempadan untuk melaksanakan kegiatan pengganas di dalam Iran.
Pengganas itu juga diberikan sebuah telefon satelit canggih, yang mereka gunakan untuk berkomunikasi dengan seorang individu yang dikenali sebagai Hussain. Hussain kononnya bertindak sebagai perantara antara kumpulan pengganas Jaish al-Adl yang berpangkalan di Pakistan dan unsur-unsurnya di dalam Iran.
Wilayah Sistan dan Baluchestan, yang bersempadan dengan Pakistan, telah menyaksikan beberapa serangan pengganas yang mensasarkan kedua-dua orang awam dan pasukan keselamatan dalam beberapa tahun yang lalu.
Kumpulan pengganas yang melaksanakan serangan terhadap kepentingan Iran di bahagian tenggara dan barat daya negara itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perisikan asing.
 
             
             
                                         
                                         
                                         
                                        
Your Comment