Dalam Sahih Bukhari cetakan Darul Fikr - Beirut


Di sini hadis Bukhari telah menukilkan hadis tentang perkahwinan Mut'ah
Terjemahan:
Imran bin Hushain berkata: Ayat Mut'ah dalam kitab Allah telah turun dan kami melaksanakannya bersama Rasulullah. Ayat pengharamannya tidak diturunkan dan tidak dilarang melakukannya hingga wafat baginda. Datang seorang lelaki setelah itu mengeluarkan arahan menurut pandangannya sendiri. Muhammad mengatakan: Mereka berkata dia ialah Umar.
Seperti yang disebut: "Datang seorang lelaki setelah itu mengeluarkan arahan menurut pandangannya sendiri."
Maksudnya ialah seorang lelaki mengharamkannya. Disebut juga "Muhammad mengatakan: Mereka berkata dia ialah Umar." Iaitu Muhammad Ismail Bukhari (Pemilik kitab) berkata: beliau ialah Umar.
Sekarang catatan "Muhammad mengatakan: Mereka berkata dia ialah Umar." telah dihapuskan. Nampaknya ada pihak cuba menafikan amalan tersebut sekaligus menentang sunnah nabi (as) dalam cetakan Bukhari yang baru seperti cetakan Darul Ihya Beirut, Darul Kitab al-Alamiyah - Beirut, Darul Mu'arif- Beirut.

