26 Ogos 2010 - 19:30

Imam Musa Sadr bukan hanya cendiakawan Lubnan dan Iran, namun ia pemimpin dunia Islam Sunni dan Syiah

Menurut pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, malam tadi hari khamis 4-6-1389, dalam kunjungan penolong ketua pergerakan Amal Lubnan dan penasihat mahkamah Syiah di negara ini bersamaan dengan ulangtahun ke 32 kehilangan Imam Musa Sadr, Ayatullah Makarim Syirazi berkata, "Imam Musa Sadr bukan hanya orang penting di Iran dan Lubnan, namun ia berkaitan dengan seluruh dunia Syiah walaupun umat Islam bukan Syiah".

Beliau sambil mengungkapkan jasa dan gerakan Imam Musa Sadr dalam revolusi Islam mengatakan, "Masalah politik banyak menghalang kita menjejaki Imam Musa Sadr".

Ayatullah Makarim menerangkan usaha mencari Imam Musa Sadr hendaklah dilakukan oleh ahli politik dan negara. Beliau menambah,"Jikalau mereka kurang mengambil peduli perkara ini, orang lain pula tidak boleh cuai. Kerajaan Libya bertanggungjawab atas kehilangan Imam Musa Sadr, mereka hendaklah menjawab masalah ini".

Mengenai ketajaman pemikiran politik dan ilmunya, beliau mengatakan, "Imam Musa Sadr mempunyai bakat ilmu yang jitu dan banyak informasi tentang politik".

"Hendaklah perkara ini dijejaki, dan kita tidak boleh memandang ringan kehilangan ini, Jikalau kita ikhlas dalam perkara ini, tuhan akan memberi hidayat dan membawa kita sampai kepada matlamat". Ujar beliau lagi.