Kuala Lumpur, Sempena hari al-Quds sedunia menjelang Jumaat ini rakyat Malaysia bersama-sama beberapa organisasi dijangka akan tampil di hadapan kedutaan Amerika untuk melaungkan suara persaudaraan dan simpati terhadap saudara seislam mereka di Palestin dan golongan tertindas di muka bumi ini.
Informasi menyatakan perarakan hari al-Quds kali ini bermula di Tabung Haji hingga di hadapan kedutaan Amerika pada tanggal 3-9-2010 setelah solat jumaat.
Umat Islam di Malaysia dalam hari al-Quds pada tahun lalu telah berikrar memboikot barangan yang memberi manfaat kepada negara haram Israel. Beberapa orang pemuda kelihatan berdiri di depan restoran makanan barat Mc Donalds dan Burger King sambil menganjur pelanggannya memulaukan makanan tersebut.