3 September 2010 - 19:30

Ledakan bom dalam perarakan Syiah sempena hari al-Quds di barat daya Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 73 orang dalam satu siri keganasan.

Serangan ganas tersebut disasarkan kepada perarakan menyokong perjuangan rakyat Palestin melawan Israel di hari al-Quds di Queta.

Wartawan Press tv melaporkan 197 orang cedera dalam serangan dahsyat itu.

Kira-kira 3,000 orang dianggarkan menyertai perarakan itu ketika bom diledakkan. Orang yang cedera telah dipindahkan ke hospital tempatan serta merta. Angka korban dijangka meningkat kerana beberapa orang mendapat cedera yang sangat Parah. Belum ada kumpulan pengganas yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan ini.