5 September 2010 - 19:30

Majma' Ahlul Bait Sedunia buat kali kedua menyertai pameran Antarabangsa Penerbitan dan Buku di Pekin.

Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, pameran Antarabangsa Kitab Cina di kota Pekin dianjurkan setiap tahun dan disertai oleh berbagai yayasan dan penerbitan dunia. Di dalam pameran ini penyelia pusat-pusat penerbitan, penulis buku, penganjur pameran yang ingin memperkenalkan buku mereka hadir untuk bertukar-tukar pandangan dan berinteraksi.

Majma' Ahlul Bait Sedunia menyertai pemeran ini buat kali keduanya. Di bilik pameran kitab-kitab Majma' beberapa buku dipertontonkan dari bahasa Cina, Inggeris, Arab dan lain-lain lagi dalam jurusan pengenalan Islam, Syiah, Ahlul Bait (as), Quran, Hadis, sejarah dan kebudayaan masyarakat . Begitu juga di dalam bilik ini turut dipamerkan beberapa majalah Majma' dalam bahasa bukan Parsi.

Beberapa buku penting yang diperkenalkan seperti:

1. Quran terjemahan Inggeris dan Cina
2. Sahifah al-Sajadiyah terjemahan Inggeris
3. Ushul 'Itiqadat dalam empat pelajaran dalam bahasa Cina
4. Mengenal tuhan dalam bahasa Cina
5. al-Mukhtar min Hikam Imam Ali (as) terjemahan Cina
6. Risalah Huquq Imam Sajjad (as) terjemahan Cina
7. Haqiqat Tasyaiyu' dalam bahasa Inggeris
8. Tarikh Islam dalam bahasa Inggeris
9. Perspektif Pemerintahan Imam Ali (as) dalam bahasa Inggeris
10. Al-Muraja'at dalam bahasa Arab
11. Ali (as); Mizan al-Haq dalam bahasa Arab
12. Fathimah Zahra (as) dalam bahasa Arab
13. al-Imam Husain (as) dalam bahasa Arab
dan banyak lagi............

Para pengunjung kelihatan ceria dengan pameran dari bilik yayasan Iran dan Majma' Ahlul Bait. Selain Majma' beberapa penerbit Iran turut menyetai pameran ini seperti Yayasan Kebudayaan Iran yang berkait rapat dengan Persatuan Kebudayaan dan Perhubungan Islam dan Universiti Antarabangsa al-Mustafa .

Penyertaan negara Islam selain Iran ialah Arab Saudi dan Mesir.