18 September 2010 - 19:30

Kumpulan hak asasi manusia di Bahrain menyatakan warga Syiah dan aktivis pro demokrasi telah ditangkap, diseksa dan didera dengan perlecehan seksual oleh pasukan keselamatan.

Kumpulan hak asasi manusia di Bahrain berkata, pejuang demokrasi telah ditangkap, diseksa dan didera dengan perlecehan seksual oleh pasukan keselamatan.

"Sejak tanggal 13 bulan lalu setelah penangkapan Dr. Abdul Jalil Alsingace, situasi hak asasi manusia di Bahrain telah menjadi semakin parah sehingga penduduk awam telah diculik oleh pasukan keselamatan dan tidak diketahui lagi keberadaan mereka" kata Nabeel Rajab Presiden Markaz Hak Asasi Manusia kepada P.TV.

"Mereka diculik dan diseksa, diperlecehkan seksualiti dan gambar mereka diambil dalam keadaan terlanjang. Situasi semakin memburuk dan orang awam ditangkap setiap masa". Katanya.

Katanya lagi, 250 orang aktives terutamanya Syiah telah ditangkap minggu-minggu konfrontasi antara aktivis pro-demokrasi dan pasukan keselamatan di rantau itu.

Kacau bilau di Bahrain meletus sejak kerajaan mengambil langkah menekan golongan majoriti Syiah dan aktivis pro-demokrasi.

Ketegangan sejak pertengahan Ogos lalu menjadi parah apabila kerajaan menangkap pemimpin tertinggi Syiah yang menolak proses perjalanan politik.

Sumber kerajaan telah mendakwa mereka dengan 23 pertuduhan menjatuhkan kerajaan tersebut.

Komoniti Syiah mengadu terdapat diskriminasi pekerjaan dan perumahan yang didominasi oleh keluarga diraja Sunni.