Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) Syaikh al-Azhar dalam lawatannya terhadap Hujjatul Islam Sayed Ammar Hakim, pemimpin Majlis Tertinggi Islam Iraq mengatakan, "Saya berniat pergi ke Iraq namun dalam situasi kawalan keselamatan yang stabil dan dengan sukacitanya al-Azhar Mesir ingin mengembalikan perpaduan di Iraq. Negara ini akan menyempurnakan larakan sejarah dan tamadunnya sendiri di rantau itu".
Syaikh al-Azhar sambil menyebut aktiviti-aktiviti Majlis Tertinggi Islam Iraq berkata, "Majlis ini mempunyai tanggungjawab berusaha lebih untuk perpaduan dikalangan umat Islam dan merawat peristiwa-peristiwa salah faham antara warga Iraq."
Hujjatul Islam Sayed Ammar Hakim dalam lawatan ini menganggap al-Azhar sebagai pusat dunia Islam yang sederhana dan menegaskan, "Saya menegaskan lagi perjalanan Syaikh al-Azhar ke Iraq atas undangan pemimpin-pemimpin Dewan Kebajikan Syiah dan Sunni Iraq".
Dr. Ahmad al-Tayyib dari Dewan Kebajikan Syiah Iraq berkata, "Saya akan pergi ke negara itu untuk menjemputnya atas undangan bersama Syiah dan Sunni Iraq. Beberapa ketika lalu Dewan Kebajikan Syiah dan Sunni telah pergi ke Mesir untuk mengundangnya namun Syaikh al-Azhar baru saja memaklumkan syaratnya iaitu kestabilan keamanan".