Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sa'ad 'Abdul Mutallib al-'Adl penulis dan penyelidik Mesir dalam bidang Ulum al-Quran di akhir karyanya mendakwa Fir'aun muda yang bernama Tutankhamun adalah nabi Lut (a.s.) yang disebut dalam al-Quran.
Dalam bukunya, ketua Syura Tertinggi Tinggalan Kuno Mesir, Dr. Zahi Hawas turut membimbing beliau menukilkan gambaran bahawa Akhnatun adalah ayah kepada Tutankhamun walaupun penyelidikan terkini tentang sejarah dan ilmu kaji purba menunjukkan Akhnatun hanyalah bapa saudara Tuthankhamun.
Menurut Hawas, jasad Tuthankhamun yang ditemui oleh ahli kaji purba barat Howard Carter pada 17 February 1923 tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun kerana boleh dijangkiti penyakit berbahaya sehingga jasad itu digelar Fir'aun yang dilaknat (Pharaoh´s Curse). Menurut 'Adl, masalah ini disebabkan kerosakan pada pusara Lut (a.s.) iaitu Tutankhamun.
'Adl lebih banyak menggunakan bahasa Mesir kuno hieroglyphs sebagai bahasa untuk menafsir al-Quran. Beliau turut mendakwa Huruf Munqata'ah adalah bahasa hieroglyphs yang terdapat di dalam al-Quran. Setelah itu beliau mendakwa bahawa Nabi Lut (a.s.) adalah salah seorang Fir'aun Mesir yang terkenal.
Al-'Adl dalam buku Tafsir hieroglyphs al-Quran mengatakan "سبع مثانی" iaitu ayat {ولقد آتيناك سبعاً من المثاني والقرآن العظيم} di dalam surah al-Hujr merujuk kepada huruf-huruf Munqata'ah dalam al-Quran dan ia bukanlah bahasa Arab.
Antara perkara lain yang dicetuskan di dalam tulisannya ialah Akhnatun adalah nabi Ibrahim (a.s.) tanpa memperincikan hipotesisnya.