Solat dalam lima waktu dibolehkan seperti mana solat dalam tiga waktu; meskipun begitu jikalau tiada masalah yang timbul akibat kerja-kerja mustahak, maka lebih baik ia solat dalam lima waktu. Tentang perkara ini, mazhab Syiah mempunyai dalil-dalil kukuh dan muḥkam dari kitab-kitab mereka sendiri termasuk dari sumber-sumber ṣaḥīḥ Ahlusunnah.

Oleh kerana perkara ini mendapat perhatian dan kemusykilan daripada saudara-saudara kita Ahlusunnah, maka kami bawakan dalil-dalil dari sumber ṣaḥīḥ mereka. Kitab Bukhārī dan Muslim mempunyai martabat ṣaḥīḥ setelah al-Qur’ān di kalangan Ahlusunnah, Imām Aḥmad bin Ḥanbal, Aḥmad Ṭayālisī di dalam musnadnya meriwayatkan:

 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِالْمَدِينَةِ سَبْعًا وَثَمَانِيًا الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ وَالْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ ... صحيح البخاري ، 9 مواقيت الصلاة، باب تَأْخِيرِ الظُّهْرِ إِلَى الْعَصْرِ، ج 2 ، ص 428،

Ibnu ʽAbbas berkata: RasūluLlah (s.a.w) di Madīnah solat Zuhur, ʽAsar, Maghrib dan ʽIshā’ sebanyak 8 dan 7 rakaat.

Ruj.

- Ṣaḥīḥ Bukhārī, fasal 9 Mawāqīt al-Ṣalāh, bab Ta’khīr al-Zuhr ilā al-ʽAṣr, jilid 2 halaman 428.

- (Bahasa Arab)  Al-Islam.com

- (Bahasa Inggeris) Narrated Ibn 'Abbas: "The Prophet prayed eight Rakat for the Zuhr and 'Asr, and seven for the Maghrib and 'Isha prayers in Medina."; “The Prophet prayed seven Rakat together and eight Rakat together”.

Ini bermaksud himpunan solat Zuhur dan ʽAsar adalah 8 rakaat (iaitu solat Zuhur 4 rakaat dan salam, kemudian solat Aṣar 4 rakaat, bukan solat 8 rakaat sekaligus), Maghrib dan ‘Ishā’ pula 7 rakaat (iaitu solat Maghrib 3 rakaat dan salam, kemudian barulah menunaikan solat ʽIshā’ 4 rakaat) sebagaimana solat di dalam mazhab Syiah Imamiyah.

Berdasarkan Ḥadīth tersebut, Ayyūb mengatakan mungkin pada malam tersebut hujan. Namun menurut Ḥadīth yang lain, RasūluLlah menunaikan solat demikian bukan kerana hujan atau perjalanan mahupun peperangan. Ṣaḥīḥ Muslim, Mālik bin Anas pemimpin mazhab Māliki di dalam kitab Muwaṭṭā’, Abū Dāwūd, Nasā’ī dan Bayhaqī di dalam sunan mereka serta Aḥmad bin Ḥanbal melaporkan:

 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا وَالْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ جَمِيعًا فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا سَفَرٍ .

 مسند أحمد ، وَمِنْ مُسْنَدِ بَنِي هَاشِمٍ، بِدَايَة مُسْنَد عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْعَبَّاسِ، ج 4 ، ص 384 ، ح 1953 صحيح ابن خزيمة، جماع أبواب المواضع التي تجوز الصلاة عليها ، والمواضع التي زجر عن الصلاة عليها، جماع أبواب الفريضة في السفر، ج 4 ،‌ص 62 ، ح 923

Ibnu ʽAbbas berkata: RasūluLlah (s.a.w) solat Zuhur bersama Asar, Maghrib bersama ‘Ishā’ bukan dalam situasi ketakutan dan bukan dalam perjalanan.

Ruj:

- Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 4 halaman 384, Ḥadīth 1953; Ṣaḥīḥ Ibnu Khuzaymah, jilid 4 halaman 62 ḥadīth 923; dan banyak lagi rujukannya.

Namun sayang sekali golongan Ahlusunnah tidak mengizinkan solat seperti ini meskipun terlalu banyak riwayat ṣaḥīḥ didapati dari kitab-kitab mereka. Jikalau diizin pun hanyalah kepada mereka yang memerlukan tumpuan yang lebih kepada kerjanya seperti doktor yang membedah pesakit selama berjam-jam dan melebihi satu waktu solat. Kerana masalah ini juga kita dapati ramai remaja-remaja yang mengabaikan solat kerana tersibuk dengan banyak berbagai pekerjaan dan karenah.

Jikalau sunnah ini dipraktikkan, kemungkinan besar tidak akan timbul masalah kerana mereka dapat menghimpunkan solat-solat tersebut dalam waktu-waktunya. Dengan ini tidak ada alasan lagi untuk para remaja dan seluruh lapisan masyarakat menghindari solat.

 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ فِي حَدِيثِ وَكِيعٍ قَالَ قُلْتُ لِابْنِ عَبَّاسٍ لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ قَالَ كَيْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ . صحيح مسلم ،6 - كتاب صلاة المسافرين وقصرها ، باب الجمع بين الصلاتين في الحضر ، 1 ، ص 894

Ibnu ʽAbbas berkata: RasūluLlah (s.a.w) menghimpunkan solatnya Zuhur dan Aṣar, ʽIshā’ dan Maghrib bukan kerana ketakutan, bukan kerana hujan. Di dalam Hadīth Wakīʽ berkata, saya bertanya kepada Ibnu ʽAbbās: Mengapakah baginda solat seperti itu? Beliau menjawab: Supaya tidak menyusahkan ummatnya.

Ruj.

- Ṣaḥīḥ Muslim, Kitab Ṣolāh al-Musāfirīn wa Qaṣr ha, Bāb al-Jamʽ Bayn al-Ṣālatayn fi al-Ḥaḍar, jilid 1 halaman 489.

- (Bahasa Arab)  Al-Islam.com

- (Bahasa Inggeris); Book 004, Number 1520: Ibn 'Abbas reported that the Messenger of Allah (may peace be upon him) combined the noon prayer with the afternoon prayer and the sunset prayer with the 'Isha' prayer in Medina without being in a state of danger or rainfall. And in the hadith transmitted by Waki' (the words are):" I said to Ibn 'Abbas: What prompted him to do that? He said: So that his (Prophet's) Ummah should not be put to (unnecessary) hardship."

Ini menunjukkan RasūluLlah (s.a.w) telah melihat seluruh masalah masa depan ummatnya. Tatkala sunnah Rasūl memboleh solat seperti ini, apa lagi alasan yang timbul kepada remaja kita untuk bermalas-malasan dan berkeras kepala dalam menunaikan kewajiban ini?

Meskipun begitu, tidak ada halangan buat sesiapa yang mampu mendirikan solat dalam lima waktu dan kemungkinan pahalanya besar. Begitu tidak ada halangan juga buat sesiapa yang mendirikan solat dalam tiga waktu kerana riwayat seperti ini terlalu banyak didapati di dalam kitab Ahlusunnah, namun memadailah disebut sehagian kecil daripadanya.