Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Hari ini genaplah hari ke-51 kebangkitan warga Bahrain menentang kezaliman pemerintahan Aali Khalifah.
Beberapa peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah seperti berikut:
Pukul 00:05 waktu Tehran: Laungan takbir diteruskan.
Penduduk di kota dan desa seluruh pelusuk negara ini melaungkan slogan takbir sebagai menegaskan bahawa perjuangan mereka tetap diteruskan.
Pukul 00:30 waktu Tehran: Pertemuan pihak pemerintah Bahrain dengan menteri pertahanan England.
Raja Bahrain Hamad bin 'Isa Aali Khalifah dalam pertemuan bersama menteri pertahanan England membincangkan perkara yang berkaitan hubungan bilateral sambil menegaskan ingin memperlengkapkan negara tersebut dengan senjata-senjata canggih dari England.
Pukul 01:22 waktu Tehran: Kedatangan Menteri Luar Turki.
Menteri Luar Turki Ahmad Daud datang ke Bahrain untuk meneliti pergolakan politik. Sebelum ini Turki menyatakan kebimbangan pertumpahan darah di negara tersebut. Ayatullah al-Sistani dalam pertemuan dengan Erdogan beberapa hari lalu meminta jasa baik Turki bagi menghentikan pembunuhan orang awam di Bahrain.
Pukul 01:44 waktu Tehran - Situasi di Bahrain ialah bencana kemanusiaan.
Pegawai Komunikasi Hak Asasi Manusia di Bahrain, Yusuf al-Muhafizah berkata, "Kerajaan Bahrain tidak menepati sebarang perjanjian antarabangsa dan tidak pernah menghalang jenayah terhadap hak rakyat Bahrain".
Beliau menyatakan, "Apa yang terjadi di Bahrain ialah bencana kemanusiaan sementara kebanyakan negara tidak memperdulikan situasi ini. Kerajaan sanggup tidak menghormati hak asasi manusia di mana beberapa ramai sekali wartawan yang membela revolusi telah ditangkap".
Pukul 4:12 waktu Tehran - Anugerah pingat kebesaran kepada Menteri Pertahanan Bahrain
Seorang aktivis politik Bahrain menyatakan, "Regim pemerintah Bahrain telah mengurniakan darjah kebesaran tertinggi kepada menteri pertahanan negara tersebut kerana tindakannya yang melaksanakan operasi pembunuhan berleluasa terhadap penunjuk perasaan".
Sayed Ja'far al-'Alawi sambil menceritakan pangkat yang dikurniakan kepada menteri pertahanan tersebut mengatakan, "Yang dapat meraih darjah kebesaran tertinggi tersebut hanyalah mereka yang memerangi orang yang tidak berdosa".
Aktivis politik Bahrain ini menegaskan pergolakan politik ini berpunca akibat pemerintahan yang tidak adil dan teratur dalam agihan sosioekonomi.
Alawi menambah, "Keadaan ini bermula apabila kerajaan memerintah dengan penindasan ekonomi dengan memecat ramai pekerja dan 5 pensyarah universiti dengan sewenangnya serta menghentikan biasiswa pengajian institusi pengajian".
Pukul 5:08 waktu Tehran - Reaksi dunia dalam mengkritik pemimpin Saudi dan Bahrain.
Tindakan pemimpin Saudi mengirim tentera untuk membunuh orang awam di Bahrain telah mendapat liputan yang meluas dalam media di peringkat antarabangsa sehingga mengundang kritikan daripada berbagai pihak.
Pukul 6:01 waktu Tehran - Tindakan rakus menentang Syiah di Bahrain.
Salah seorang aktivis politik Bahrain Ja'far Musa menyatakan, kerajaan Bahrain rakus menggunakan segala kelengkapan untuk menentang Syiah.
Beliau menegaskan serangan tentera ke atas orang awam dan penyiksaan tahanan adalah tragedi kemanusiaan.
Pukul 8:45 waktu Tehran- Lagi serangan tentera serta kerosakan harta awam.
Menurut saksi tentera Bahrain menyerang Manama, tempat-tempat awam dan kenderaan di sekitarnya dirosakkan. Selain itu warung kopi yang berlokasi di sekitar Husainiyah dan masjid-masjid dan kenderaan di sekitarnya yang mempunyai simbol-simbol Syiah telah ditembak.
Saksi turut menceritakan detik cemas apabila pasukan tentera Aali Khalifah melempar mercun ke dalam rumah-rumah Syiah untuk mencetus bunyi yang menakutkan penghuninya. Beberapa orang ahli politik kelihatan menceroboh rumah-rumah dan mengugut untuk memukul penduduk. Mereka turut mengancam ingin memperkosa perempuan dan sebahagiannya sudah diculik.
Pukul 10:00 waktu Tehran - Jenayah perang askar Saudi di Bahrain.
Pemimpin pergerakan Ahrar Bahrain menegaskan pasukan Arab Saudi telah melaksanakan operasi kejam terhadap orang awam.
Sa'id Shahabi berkata tentang situasi tersebut sebagai: "Keadaan di Bahrain sangat parah. Askar Arab Saudi telah menceroboh Bahrain dan mengepung orang awam.
"Regim Bahrain turut memberi intensif untuk Saudi melaksanakan operasi kejam mereka. Askar Saudi bersama tentera upahan Aali Khalifah bekerjasama dalam melakukan jenayah perang. Apa yang kami saksikan adalah tragedi besar kemanusiaan yang tiada tanda-tanda ia akan berhenti. Tentera penceroboh bukan mengamankan ketegangan, bahkan mereka mengobarkan api kemarahan rakyat".
Pukul 11:15 waktu Tehran - Imam solat Juma'at Lucknow India mengecam keras tragedi di Bahrain.
Imam Juma'at di Lucknow India ketika mempertahankan umat Islam Bahrain berkata, "Penguasa Saudi setahun lalu telah membunuh orang awam Yaman yang tidak berdosa, sekarang mereka sedang asyik melaksanakan tragedi ini di Bahrain".
Hujjatul Islam Sayid Jawad Naqvi Imam Juma'at Lucknow India selaku setiausaha agung Majlis Ulama India menceritakan pembunuhan umat Islam khususnya di Bahrain berkata, "Mereka sedang melakukan kerja-keja pengganas memandangkan fatwa kurang bijak ulama Wahabi Saudi. Mereka ini tidak punya ilmu dan mengeluarkan fatwa demi wang".
Pukul 12:15 waktu Tehran - Pelajar luar negara di Iran berdemonstrasi menentang pembunuhan kejam umat Islam.
Pelajar dari berbagai negara yang sedang menekuni pelajaran Hawzah Ilmiyah Qom akan berhimpun di depan pejabat OIC dan menyuarakan kecaman mereka terhadap kekejaman Saudi. Selain itu mereka akan mengadakan demonstrasi di Balai Berita al-Jazeera, Kedutaan Bahrain dan Kedutaan Saudi.