5 April 2011 - 19:30
News ID: 235208
Beliau di dalam surat tersebut menyatakan bahawa Saudi bukanlah sebuah negara Arab semata-mata, namun ia adalah negara buat seluruh umat Islam. Selain itu beliau turut memberi amaran, "Segeralah tinggalkan bumi Bahrain dan mohonlah maaf daripada umat Islam di Bahrain dan seluruh dunia... atau ingatlah, lambat atau cepat, tuhan akan memusnahkan kekuatan orang yang zalim".
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan serangan askar Saudi terhadap Syiah dan orang awam Bahrain, salah seorang Marji' Taqlid, Ayatullah al-Uzma Sofi Gulpaigani telah mengirim pesanan penting kepada raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz.
Beliau di dalam surat tersebut menyatakan bahawa Saudi bukanlah sebuah negara Arab semata-mata, namun ia adalah negara buat seluruh umat Islam. Selain itu beliau turut memberi amaran, "Segeralah tinggalkan bumi Bahrain dan mohonlah maaf daripada umat Islam di Bahrain dan seluruh dunia... atau ingatlah, lambat atau cepat, tuhan akan memusnahkan kekuatan orang yang zalim".
Terjemahan surat tersebut adalah seperti berikut:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Agama adalah Nasihat.
Abdullah bin Abdul Aziz,
Assalamualaikum Wa Rahmatullah.
Oleh kerana anda sendiri telah berpesan jangan dipanggil sebagai raja, saya ingin memberikan beberapa nasihat ringkas:
Saudaraku! Jikalau dalam bilangan 6 bilion manusia, anda tidak lebih kecuali termasuk di dalam golongan mereka, anda tidak memberikan penghormatan sebagaimana seorang wali atau ulama dan orang yang berbakti sebagaimana yang anda telah katakan, anda hanyalah seorang Abdullah seperti Abdullah yang lain (sedangkan anda bangga menjadi hamba Allah). Namun penghormatan dan gelaran yang telah dinisbahkan kepada anda, 6 bilion mata orang awam sedang melihat tindakan dan politik anda. Anda telah dikurniakan kedudukan khusus sebagai pentadbir bumi wahyu dan haramain dan anda menganggap ia adalah tanggung jawab. Madinah Munawwarah, Makkah «اوّلَ بيتٍ وُضع للناس», Makam nabi Ibrahim, tempat-tempat permakaman dan warisan budaya merupakan fondasi sejarah. Saya ingin berkata sebagaimana 1.5 bilion umat Islam yang lain bahawa tanggung jawab anda dalam perkara ini sangatlah besar. Seperti mana ka'bah disediakan untuk orang ramai, 1.5 bilion penduduk dunia juga mahukan anda disediakan untuk seluruh umat Islam.
Tinggalan sejarah adalah kegemilangan untuk semua orang sebagaimana agama juga. Di sana tidak satu sahaja negara Arab, bahkan ia adalah negara Islam untuk semua orang. Seluruh golongan umat Islam menganggap ianya adalah sebahagian tempat suci. Umat Islam di sana juga turut menganggap seperti itu. Negara-negara di sana bukanlah salah satu daripada negara Arab atau negara anggota Majlis Kerjasama teluk Parsi. Qatar dan Emirates tidaklah sebesar Haramian Syarif, rantau itu tidak mengundang pengaruh asing dan Amerika melainkan ke arah Haramain Syarif. Mereka tidak sepatutnya dilihat mencampuri urusan Majlis Kerjasama Teluk parsi, namun ia melibatkan seluruh umat Islam.
Buat umat Islam, ianya adalah sangat menyakitkan apabila tanah suci haramain diperuntukkan khusus untuk sebuah politik berbaur mazhab. Dengan politik itulah mereka memandang remeh terhadap dunia Islam yang lebih luas. Malangnya politik pemerintah haramain dilihat mengikuti kehendak kebaratan Amerika.
Pemerintah Haramain berang dengan sikap umat Islam yang bangkit menentang dominasi Amerika dan kaum kerabatnya. Ali Abdullah Soleh lebih dari 30 tahun memerintah Yaman secara tidak sah dan kaitan beliau dengan Amerika sudah sedia maklum. Pembelaan anda menyebabkan pertumpahan darah orang awam dan menyekat pergerakan besar mereka untuk kembali kepada Islam dan kebebasan.
Telah timbul pertanyaan buat seluruh umat Islam, sepatutnya pemerintah Haramain melihat sekalian umat Islam dengan setara. Namun ia telah membela diktator yang fasiq dan tali barut Aali Khalifah di Bahrain. Ia mengirim tentera ke sana untuk melakukan pembunuhan rambang orang awam dan penuntut keadilan dalam demonstrasi aman tidak kira tua atau muda, lelaki dan wanita. Tidak ada orang yang menyangka pemerintah Haramain akan bertindak begini.
Seolah-olah Abdullah telah lupa ke arah mana ia telah mengirim askar dan ia membantu orang yang zalim menentang golongan yang ditindas.
Kami inginkan anda menjaga kedudukan dan kemuliaan Haramain. Hendaklah anda menjaga harga kedudukan ini dan janganlah menaja program-program hina ini.
Kami inginkan anda memberi penjelasan kepada umat Islam. Apakah alasan Aali Khalifah, dan apakah alasan Syar'i yang ia ada? Juga apakah alasan Syar'i anda mengirim tentera sehingga memerangi umat Islam yang hendak menegakkan Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar?
Demi menjaga maruah anda dan mempertahankan isu kemanusiaan, lekaslah kembalikan askar anda dari Bahrain dan mohonlah maaf daripada umat Islam seluruh dunia. Berilah mereka peluang menentukan nasib sendiri. Jikalau tidak ketahuilah « ان ربّک لبالمرصاد» dan Allah akan menghancurkan orang yang zalim samada cepat atau lambat. Firman Allah : «و من قتل مظلوماً فقد جعلنا لولیّه سلطاناً» .
Lutfullah Safi
1 Jamadil Awwal 1432