31 Julai 2011 - 19:30

Saudara saya yakin bahawa dunia hari ini terlalu banyak memasang telinga untuk mendengar pesanan Islam supaya kedua-dua negara Mesir dan Iran bersatu dan menyampaikan risalah Islam ke seluruh dunia. Yakinlah agama dunia di masa hadapan ialah Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Petang kelmarin Ayatullah Al-Uzma Makarim Syirazi melahirkan perasaan gembiranya dengan kunjungan golongan Syarif dan Sayid Mesir yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh revolusi Mesir. Beliau berkata, “Jikalau kita merujuk kepada sejarah manusia, dua bangsa Mesir dan Iran banyak  bekerjasama dalam pembentukan sejarah dan tamadun manusia. Mereka turut memberi kesan yang besar dalam bidang agama dan budaya masyarakat.”Beliau menambah, “Malangnya kuasa angkuh secara biadab memanjangkan tangan untuk menjauhkan kita selama beberapa tahun, namun dengan bantuan Allah yang maha besar, halangan ini telah disingkirkan dan sekarang kita sama-sama berupaya hidup berdekatan”.Ayatullah Makarim Syirazi menyatakan bahawa pihak musuh tidak senang  apabila dua buah negara menjalinkan hubungan baik antara dua bangsa. Beliau mengatakan, “Negara-negara kuasa angkuh dunia tidak berpuas hati dengan keakraban kami dan Mesir, malah mereka mahu kita dijauhkan di masa hadapan. Namun usaha dan kebangkitan kamu semua, jihad dan kesedaran kita, tangan-tangan kotor ini dipatahkan”.Beliau menyatakan kegembiraan terhadap berjuta-juta orang rakyat Mesir (sekitar 6 juta)  terdiri daripada golongan Syarif dan Sayid yang berketurunan Imam Hasan, Imam Husain dan Imam Ridha (a.s). Beliau menegaskan, “Sekarang kita menemui masa yang terbaik supaya dapat bergantian golongan elit dan aktivis kedua-dua negara melalui jalan ilmu, di samping pertukaran kebudayaan silam”.Dalam segmen yang lain, pensyarah senior Hawzah Ilmiyah Qom menceritakan komuniti Syarif dan Sayed mempengaruhi penyebaran Islam ke seluruh dunia. Katanya, “Saudaraku yakinlah bahawa dunia hari ini terlalu banyak mendengar pesanan Islam. Jikalau kedua-dua negara ini Mesir dan Iran bersatu menyampaikan pesanan Islam kepada dunia, yakinlah bahawa agama dunia di masa hadapan ialah Islam”.Beliau menambah, “Musuh-musuh Islam bangkit menghina Al-Quran, Nabi (s.a.w) dan seluruh kaum muslimin dengan menggunakan seluruh alat menentang Islam. Namun jikalau kita sama-sama bersatu, kita mampu menghalang penghinaan ini.Ayatullah Al-Uzma Makarim Syirazi menerangkan, “Alhamdulillah, ufuk masa depan dengan kebangkitan Islam sangat terang dan kita yakin pertolongan Allah di belakang  umat Islam. Mahu tidak mahu, pihak musuh akan dikalahkan”.Ayatullah Makarim Syirazi di akhir pertemuan meminta deligasi Mesir menyampaikan salam beliau kepada warga Mesir dan mengatakan kepada saudara-saudara di Mesir bahawa hati-hati kami bersama kamu dan kami gembira dengan kegembiraan kamu, kami sedih dengan kesedihan kamu”.