Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam beberapa pernyataan yang dikeluarkan oleh beberapa kumpulan ekstrimis Mesir menyatakan bahawa terdapat beberapa orang tokoh Mesir dari pihak Pusat Penyelidikan Islam telah menyeru penyertaan dalam acara ini dan ia sudah diboikot kerana mereka berusaha menyebarkan mazhab Syiah di Mesir.
Pernyataan tersebut menyatakan lagi bahawa demonstrasi ini hanyalah sebuah acara politik yang tidak membawa manfaat kepada Mesir. Sedangkan demonstrasi berjuta-juta rakyat Mesir ini dialu-alukan oleh lebih 30 parti politik dan pertubuhan Mesir bersama majlis berbuka puasa berjemaah yang akan dilangsungkan pada Jumaat depan.
Demonstrasi ini dikatakan telah dianjur oleh kumpulan tarikat sufi Mesir dengan matlamat memelihara revolusi dan perpaduan berbagai kumpulan.
11 Ogos 2011 - 19:30
News ID: 259095
Beberapa kumpulan yang mengaku kelompok Islam melahirkan kebimbangan mereka terhadap demonstrasi yang didakwa boleh mempromosikan mazhab Syiah di Mesir. Mereka ini mengistiharkan 'Demonstrasi jutaan pencinta Mesir' Jumaat hadapan sebagai haram.