19 Ogos 2011 - 19:30

Umat Islam wajib menghalang apa yang terjadi di Syria demi tanggungjawab agama, kemanusiaan dan menutralkan rancangan musuh yang menginginkan perang saudara sehingga hancurnya sebuah negara Islam.

Berikut adalah pernyataan yang dikeluarkan dari pejabat Ayatullah Al-Uzma Makarim Syirazi tentang pergolakan di Syria:بسم الله الرحمن الرحيمKita semua tahu bahawa negara Syria mempunyai dua ciri yang penting di rantau itu: Pertamanya terletak di barisan depan medan peperangan dengan perampas Israel, dan keduanya ia adalah penghalang kehendak negara-negara penjajah seperti Amerika, Inggeris dan Perancis.Oleh kerana posisi peperangan tersebut, negara-negara angkuh, Israel dan malang sekali beberapa negara Arab telah bekerjasama dengan meraka sedang berusaha menggugat kestabilan negara Islam ini.Yang menghairankan lagi Amerika dan regim Israel berterus terang bekerjasama dengan beberapa kumpulan bersenjata yang membuat kekacauan dengan harapan dapat membuka pengkalan mereka yang baru di negara tersebut setelah kehilangannya di Mesir, Yaman dan Tunisia selain menakluki rantau itu.Umat Islam yang bangkit dan sedar, bahkan seluruh penuntut kebebasan global hendaklah menanggapi Syria sebagai sebuah kewajipan insani dan Islami agar rancangan yang boleh mencetuskan perang saudara dineutralkan selain menghalang kemusnahan sebuah negara Islam. Sudah tentu penduduk Syria sedar tentang perkara ini bahawa musuh ingin mewujudkan sebuah lagi Libya di rantau itu. Sementara itu Israel dapat menjaga kepentingan mereka.Sudah tentu kerajaan Syria juga hendaklah menepati janji tentang perubahan serta tidak memberikan manfaat kepada musuh-musuh Islam dan Zionis.Sungguh menghairankan beberapa negara Arab yang tidak memberikan kebebabasan dan demokrasi di tempat sendiri berpura-pura bekerjasama dengan Amerika dan Israel untuk melaksanalan perubahan. Mereka tidak terfikir bahawa suatu hari nanti akan hadir dalam penjara untuk pengadilan.Kami berharap dengan kesedaran bangsa Arab, umat Islam sedunia, penuntut kebebasan dan orang yang beriman di Syria dapat menghapuskan perancangan Israel dan kuasa angkuh dunia bersama kurniaan Tuhan. Semoga negara ini berdiri dengan perubahan dan kestabilan yang sempurna seperti gunung dalam menghadapi Zionis perampas dan kuasa angkuh yang zalim.آمین یا رب العالمین.Pejabat Ayatullah AL-Uzma Makarim Syirazi24/05/1390