12 September 2011 - 19:30

Tidak dapat dinafikan, revolusi Islam di Iran mempengaruhi kabangkitan di Yaman dan Afrika, menurut seorang ulama.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Tidak dapat dinafikan, revolusi Islam di Iran mempengaruhi kabangkitan di Yaman dan Afrika, menurut seorang ulama Yaman.

Sami Al-Imad menegaskan, "Revolusi Yaman berdasarkan pergerakan Sayid Qutub dan Ikhwanul Muslimin".

"Di negara kami, semua revolusioner adalah pencinta Ahlul Bait (a.s) dan mereka membentangkan jalan kebenaran. Terdapat ramai Salafi normal di Ta`izz and Sana’a. Mereka mengikuti Sheikh Salman dan melarang penghinaan kepada umat Islam yang lain.

"Revolusi di Yaman telah bermula sejak lapan bulan lalu. Kami mampu meraih pencapaian yang luar biasa dan pencinta Ahlul Bait hari ini dapat mengawal Yaman dengan selesa.

"Rakyat Yaman yang bermazhab Syiah dan Sunni telah bersatu dalam beberapa bulan ini untuk menentang diktator, Amerika Syarikat dan Arab Saudi. Musuh utama kami tinggal di Arab Saudi dan mereka mendukungnya dan regimnya. Maka kami sedar Amerika Syarikat dan regim Saudi merupakan musuh sebenar rakyat Yaman", kata ulama tersebut.