Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pembunuhan kejam ke atas masyarakat Syiah terus berlanjutan tanpa sebarang reaksi dan tindakan kerajaan Pakistan. Dalam serangan terbaru 14 orang Syiah maut manakala enam yang lain menderita akibat cedera parah.Menurut wartawan ABNA di Pakistan, hari ini sebuah bas yang membawa 20 Syiah dari Quetta bergerak ke arah Hezarganji telah diserang pengganas.Penyerang menurunkan semua penumpang dan membariskan dan mengikat mereka. Serangan ini berkesudahan dengan kematian 12 orang di tempat kejadian manakala yang lain mendapat keceraan yang parah.Meskipun 8 yang lain dikejarkan ke hospital oleh penduduk tempatan, namun salah seorang daripada mereka menemui ajal ketika dalam perjalanan dan seorang lagi maut di hospital. Ini menjadikan angka korban meningkat kepada 14 orang.Mahbub Husain, ketua polis Quetta mengesahkan jumlah korban dalam serangan ini. Menurut sumber yang lain, pada hari Selasa 2 minggu lalu, pengganas telah menyerang bas penziarah Pakistan ke Haram Imam Ar-Ridha di mana 30 orang dibunuh.




