23 Januari 2012 - 20:30

Tiada pihak mengaku bertanggung jawab dalam serangan yang membunuh 10 orang dan mencederakan 31 yang lain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Letupan bom yang dipasang dalam dua buah kereta di kota Sadr, Baghdad menyebabkan sepuluh orang terbunuh dan tiga puluh satu cedera. Menurut maklumat pihak polis dan hospital hari ini (24/01), dua kereta yang diletakkan di kota Sadr meletup dan menyebabkan kematian dan kecederaan ramai orang awam.Salah satu sumber daripada Kementerian Negara Iraq berkata, antara korban dalam letupan ini ialah dua wanita dan seorang kanak-kanak.Menurut sumber tersebut, bom pertama meletup di tempat perhimpunan pekerja di kota Sadr. Letupan kedua terjadi berhampiran kedai roti, di satu simpang empat Utara kota Sadr.Sampai sekarang belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab atas keganasan ini.