Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Tiga orang peguam bermazhab Syiah dibunuh oleh kumpulan pengganas Sepah-e-Sahabah yang berfahaman Wahabi di Pakistan.Menurut saksi kejadian, para peguam tersebut sedang dalam perjalanan menuju ke arah kereta mereka ketika dihampiri sebuah motorsikal yang tidak dikenali di Pakistan Chowk, City Court. Ketiga-tiga mereka maut ditempat kejadian serta merta setelah ditembak manakala pengganas bermotorsikal tersebut melarikan diri setelah memastikan mangsa bunuh benar-benar mati.Peguam Syiah yang terkorban tersebut bernama Sayed Shakeel Jafferi 50 tahun, bersama anaknya Kafeel Ahmad Jafferi 28 tahun dan Syabeer Jafferi (anak saudara Sayed Shakeel). Seorang lagi yang berada di tempat kejadian Sayed Babar Shah Gudarzi mendapat kecederaan yang parah dan pasukan perubatan masih bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya."Ini ialah kes bunuh, mereka semua adalah peguam. Dua daripada mereka adalah ayah dan anak," menurut seorang pegawai polis sambil menambah bahawa jenazah korban telah dibawa ke hospital sivil Karachi untuk bedah siasat.Menurut sumber lagi, mayat mereka sudah dipindahkan ke Malir Imamnbargah, Hussaini Sifarat Khana. Dengan kematian ke-tiga-tiga peguam ini, jumlah pengikut mazhab Syiah yang menjadi korban pembunuhan kejam pengganas Wahabi meningkat kepada 17 orang dalam bulan Januari ini.