Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Selang beberapa hari serangan pengganas terhadap kakitangan kedutaan Israel di Bangkok, Sayed Sulaiman Husaini ketua masyarakat Syiah Thailand telah dihubungi oleh berbagai media untuk mendapatkan penjelasan tentang perkataan "Sejeal".
Perkataan mencurigakan ini telah lekatkan kira-kira 27 hingga 40 tempat pada tiang telefon, lorong-lorong dan petunjuk arah jalan. Bimbang kes ini ada kaitan dengan aktiviti pengganas, Sayed Sulaiman Husaini telah dihubungi oleh berbagai media antaranya daripada wartawan MCOT - News tv9.
Menurut berita, pihak media Thailand tidak pernah bertemu dengan kes seperti ini dan tidak faham maksud perkataan tersebut.
Sayid Sulaiman menerangkan Sijjil adalah perkataan Arab dan menurut Al-Quran ia adalah batu yang dibawa oleh burung Ababil dari neraka untuk memusnahkan tentera bergajah yang berhasrat ingin memusnahkan Ka'bah suatu ketika dahulu.
Selain itu Sijjil juga adalah sejenis roket jarak jauh Iran yang sedang disasarkan ke arah Israel. Kata Sayed Sulaiman, "Iran sudah bersedia menanti kemaraan Israel dengan Sijjil. Jika anda berfikir bahawa Israel akan menyerang kawasan Iran, maka inilah roket jarak jauh yang cukup digeruni Israel."
Sayed Sulaiman turut memberitahu wartawan Thai News Agency, peristiwa pengeboman beberapa hari lalu bertujuan ingin merosakkan hubungan belateral antara Bangkok-Tehran.
