Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Demonstrasi rakyat Afghanistan kelmarin masuk hari yang ke-tiga di mana gelombang kemurkaan umat Islam terhadap askar Amerika yang menghina kesucian Al-Quran sudah merebak ke negara-negara lain. Sebelum ini demonstrasi besar-besaran berlangsung di hadapan pengkalan tentera Amerika di Bakram.
Pagi kelmarin ribuan umat Islam di Timur Afghanistan melimpahi jalan-jalan untuk mengutuk peristiwa pembakaran Al-Quran oleh askar Amerika.
Sambil melaung-laungkan slogan "Kematian untuk Amerika" mereka menuntut hukuman setimpal ke atas penjenayah itu.
Dua hari lalu pertempuran antara penunjuk perasaan tercetus sehingga menyebabkan pihak berkuasa melepaskan tempakan ke arah orang awam. Akibatnya dua orang awam maut dan 20 yang lain cedera.
Pegawai Amerika kelmarin cuba membela tindakan biadab tenteranya dengan menyatakan pembakaran tersebut hanyalah umpan untuk menarik perhatian rakan-rakan penjenayah yang telah ditangkap.
Menteri Pertahanan Amerika turut menegaskan kajian terhadap masalah ini sudah bermula.
Sementara itu mahasiswa-mahasiswa dan aktivis Jamaat Islami Pakistan mengadakan demonstrasi besar di Lahore. Pemimpin-pemimpin mereka memberikan ucapan dan menegaskan bahawa dunia Islam sedang marah atas kebiadaban Amerika itu. Mereka turut meminta OIC segera campurtangan dalam menangkap penjenayah tersebut. Amaran turut ditujukan kepada kerajaan Pakistan bahawa mereka sudah bersedia menganjurkan demonstrasi di seluruh negara.