10 Mac 2012 - 20:30

Menteri agama Palestin mengkritik keras fatwa pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qardawi yang disifatkan sebagai menguntungkan Zionis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mahmud Al-Habbash mengkritik keras fatwa Qardawi yang mengharamkan ziarah ke Al-Quds. Beliau menegaskan, "Fatwa pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah."

Beliau menyatakan kekesalan di atas fatwa yang belum pernah terjadi ini dan mengatakan, "Selain itu, sepanjang sejarah dalam tempoh yang berbeza Al-Quds berada di bawah penjajah, belum pernah ulama Islam mengeluarkan fatwa begini sebelum beliau."

Menteri agama Palestin ini menambah, "Di zaman lebih 90 tahun penjajahan Al-Quds oleh tentera salib, tidak seorang pun ulama Islam mengeluarkan fatwa begini.

"Fatwa Al-Qardawi dalam politik Yahudi hanyalah untuk mengeluarkan penduduk asli Al-Quds, iaitu umat Islam dan kaum Kristian melalui regim Zionis."

Beliau juga turut menegaskan bahawa fatwa perlu dirombak, "Kita semua hendaklah berjihad untuk mendapatkan Al-Quds dan menerima tanggungjawab membebaskan Al-Quds. Ini adalah wajib dalam Islam."