Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Informasi Syria menuduh kumpulan pengganas melakukan pembunuhan beramai-ramai di Homs untuk meningkatkan tekanan antarabangsa terhadap negara tersebut.
Adnan Mahmoud berkata demikian pada Isnin lalu berikutan peristiwa pembunuhan di Karm el-Zaytoun sebagai taktik memburukkan imej kerajaan Syria.
"Kumpulan pengganas melakukan pembunuhan beramai-ramai paling kejam di Karm el-Zaytoun, berhampiran Homs... untuk menghasut reaksi antarabangsa supaya menentang Syria," kata beliau kepada AFP.
Menteri ini turut menuduh Saudi dan Qatar menyokong kumpulan pengganas bersenjata dan mahukan negara-negara Arab tersebut bertanggung jawab atas pembunuhan di Syria.
"Beberapa negara menyokong kumpulan pengganas bersenjata, seperti Arab Saudi dan Qatar, talibarut keganasan yang menyasarkan warga Syria... dan bertanggung jawab terhadap pertumpahan darah, " kata Mahmoud.
Sekurang-kurangnya 45 orang dibunuh termasuk wanita dan kanak-kanak di Karm el-Zaytoun pada malam Ahad lalu.
Keluarga mangsa memaklumkan bahawa mereka ini diculik oleh kumpulan bersenjata sejak beberapa bulan lalu.
Pihak pemberontak pula sentiasa menyalahkan askar kerajaan dalam pembunuhan tersebut.