Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kementerian Dalam Negeri melarang penyebaran buku karya Murtadha Muthahhari yang berjudul Pengantar Ilmu-ilmu Islam, terbitan Pustaka Zahra, Indonesia.

Agensi berita Mehr memetik laporan Bernama bahawa larangan itu disebabkan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain itu beberapa buku lain seperti Dialog Sunni Syiah yang disusun oleh Allamah Syarafudin dan Tafsir Sufi Al-Fatihah Mukadimah karya Dr. Jalaludin Rakhmat cetakan Indonesia turut diharamkan.

Sebelum ini pihak JAKIM dikatakan pernah mengharamkan penerbitan buku Sejarah Para Imam Syiah.

Beberapa minggu lalu beberapa saluran televisyen Malaysia turut menyiarkan rancangan anti-Syiah.