Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang wanita maut ketika menyertai tunjuk perasaan di perkampungan 'Ali, 3 kilometer dari Manama, pagi Jumaat kelmarin. Beliau bernama 'Abdah Ali berusia 59 tahun mati akibat terhidu gas beracun yang dilepaskan oleh polis Bahrain.
Demonstrasi besar sejak pertengahan Februari 2011 terus berlangsung di seluruh negara kecil Teluk Parsi ini walaupun pihak polis Bahrain yang dibantu tentera Saudi menggunakan berbagai keganasan untuk meleraikan penunjuk perasaan.
Sehingga kini berpuluh-puluh warga Bahrain terbunuh akibat kekejaman pihak berkuasa Bahrain yang seolah-olah mendapat restu Barat apabila media massa mereka mendiamkan diri dari melaporkan peristiwa di negara Teluk Parsi itu.