30 Ogos 2012 - 19:30

Setiausaha Agung PBB menegaskan, "Mereka membekalkan senjata kepada pihak kedua-dua pihak yang bertelagah sedangkan ini adalah akar umbi krisis".

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon ketika berucap dalam persidangan ke-16 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) berkata, "Krisis di Syria bermula dengan demonstrasi aman, namun mendapat tekanan, dan sekarang kita berdepan dengan bahaya perang saudara yang berlanjutan. Kemungkinan infrastruktur kebudayaan Syria jatuh dalam situasi bahaya. Mereka membekalkan senjata kepada kedua-dua belah pihak. Sebuah bencana sudah bermula. Tidak mungkin kita menyelesaikan masalah ini dengan membunuh lebih dari 18,000 orang. Tidak mungkin kita membawa perdamaian dengan pengeboman, saya menggesa kepada kedua-dua belah pihak supaya menamatkan keganasan, dan kerajaan Syria mempunyai tanggungjawab penting untuk mendengar suara rakyatnya iaitu menghentikan keganasan. Al-Ibrahimi juga hendaklah memerhatikan pembelaan masyarakat antarabangsa, mereka ini semua adalah orang-orang berpengaruh dalam masalah ini, mereka hendaklah berusaha saling bekerjasama untuk menamatkan keganasan."Tambah beliau lagi, "Perluasan senjata nuklear adalah ancaman paling besar kepada kita, dan NAM telah memberikan peluang kepada Iran yang mana ia mampu memainkan peranan besar di kalangan masyarakat antarabangsa, Iran hendaklah melaksanakan program atomnya, kebimbangan ini sebenarnya disebut di dalam berbagai kenyataan Majlis Keselamatan yang meminta ketelusan dan kerjasama penuh dengan IAEA. Untuk menjaga perdamaian dan keselamatan dalam rantau serta dunia, saya mohon kepada kerajaan Iran melaksanakan tindakan-tindakan meyakinkan supaya mewujudkan kepercayaan, dan menunjukkan bahawa program Nuklear Iran adalah untuk keamanan, dan ini hendaklah melalui jalan kerjasama dengan agensi dan menuruti perjanjian PBB.Beliau bertegas, "Saya mohon dengan sepenuh hati daripada Iran, agar dapat menemui jalan diplomatik dengan kumpulan G5+1, saya mohon juga supaya kedua-dua belah pihak tidak berbicara tentang ugutan kerana kekerasan membawa kepada kekerasan dan dengan segera menghasilkan pertumpahan darah, kalau seluruh pemimpin menggunakan suaranya sendiri, maka ini akan menambahkan ketegangan, bukan mengurangkannya. Hendaklah Timur Tengah bebas dari senjata Nuklear dan senjata pembunuhan besar-besaran.Mengenai usulan supaya membebaskan Timur Tengah dari senjata nuklear, beliau berkata, "Saya setuju dengan pendapat ini, hendaklah seluruh dunia bebas dari senjata nuklear termasuklah semua senjata lain, saya harap perdagangan senjata secara haram dapat dihapuskan."Hendaklah kita perkenalkan program lanjutan selepas tahun 2015 dan masyarakat antarabangsa perlu menerima, kepimpinan politik bukan NAM dan kumpulan Cina serta kumpulan 77 juga perlu mengiringinya."Beliau menegaskan tentang hak-hak setiap bangsa dengan mengatakan, "Peranan negara-negara di dalam PBB untuk mencapai pentadbiran dunia yang demokratik hendaklah diambil perhatian; sebuah pentadbiran yang ditunjukkan dengan meliputi pengukuhan PBB dari dalam badan dunia ini dibantu oleh pertubuhan-pertubuhan dunia dan Majlis Keselamatan agar dapat memperbaiki struktur dinamik badan dunia sekarang."Di akhir ucapan, beliau merujuk kepada rekod 50 tahun NAM dengan berkata, "Gerakan yang berkali-kali mempertahankan idea-idea keamanan ini, hendaklah kita berganding tangan bekerja supaya mencapai visi ini."