Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait mengutus surat dalam 3 bahasa yang meminta jasa baik peserta persidangan NAM ke-16 supaya hak asasi Syiah dihormati di seluruh dunia.
Hujjatul Islam Wal Muslimin Ahkhtari menegaskan, "Pengikut Ahlul Bait juga perlu diberi kebebasan sebagaimana warga lain yang dapat mengadakan majlis keagamaan, kebudayaan, mazhab dan masyarakatnya sendiri yang menyokong halatuju syiar-syiar agama dan kesucian mazhab.
Mesej Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait kepada para peserta persidangan adalah seperti berikut:
Dengan nama Allah Yang Maha TinggiAdalah dengan ini Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) menyatakan perasaan senang hati atas berlangsungnya persidangan NAM ke-16, dan kehadiran para pemimpin jawatankuasa kanan negara-negara anggota ke Republik Islam Iran yang mengiringi harapan untuk kejayaan yang lebih kepada semua ketua dan peserta dalam sidang yang bermakna ini. Begitu juga kami menyatakan harapan agar persidangan ini menjadi permulaan transformasi untuk mengeratkan apa sahaja hubungan antara negara-negara, bangsa-bangsa, perlaksanaan program perdamaian, kesejahteraan, keamanan di seluruh dunia (terutama sekali negara anggota), anti kemiskinan, perluasan keadilan, kemesraan, kerjasama antara negara serta rakyatnya, saling membantu sehingga dapat melindungi golongan minoriti dan mereka yang ditiindas di peringkat global.Sejak beberapa bulan ini kita menyaksikan berbagai peristiwa telah terjadi di beberapa tempat iaitu ketidak teraturan, pencabulan kesucian bangsa lain, pembunuhan golongan minoriti, serangan ke atas jiwa, harta dan kehormatan golongan yang ditindas. Begitu juga serangan ke atas umat Islam terutama sekali pengikut Ahlul Bait di beberapa negara dan rantau sehingga mengakibatkan tumpahnya darah insan yang tidak berdosa serta pemusnahan tempat-tempat suci. Berdasarkan tanggungjawab besar masing-masing, para pemimpin negara-negara NAM diharap supaya dapat menghalang kejadian mengerikan dan menyedihkan ini dengan mengambil langkah efektif yang berpatutan dan tindakan berperikemanusiaan yang berkait rapat dengan seluruh manusia, agama-agama dan pengikutnya.Oleh itu, Majma' Ahlul Bait sedunia sebagai satu-satunya yayasan bukan berasaskan keuntungan yang sangat dekat komunikasinya dengan para pengikut Ahlul Bait, dengan ini memohon kepada seluruh perserta persidangan NAM ke-16 supaya memberikan perhatian serius terhadap perkara-perkara berikut:
1. Hak-hak golongan minoriti agama khususnya pengikut Ahlul Bait dalam negara-negara ini diberi penghormatan dan diiktiraf secara rasmi dari sudut perundangan supaya mereka ini mendapat perlindungan.2. Pengikut Ahlul Bait dilindungi seperti mana warganegara lain yang bebas menganjurkan majlis keagamaan, kebudayaan, mazhab dan masyarakat mereka sendiri.3. Melindungi syiar-syiar agama dan mazhab mereka.4. Kerajaan-kerajaan anggota NAM tidak membiarkan kezaliman ke atas golongan minoriti khususnya pengikut Ahlul Bait.5. Mengenai orang-orang yang melanggar hak asasi, jiwa, harta serta kehormatan yang tidak berperi kemanusiaan, individu-individu ini hendaklah diambil tindakan sepatutnya agar tidak mengulangi kejadian ini di masa depan.6. Diminta kepada tokoh-tokoh agama dan elit yang berpengaruh di kalangan masyarakat agar berusaha menampilkan nasihat lazim supaya emosi masyarakat menjadi tenang disamping menghapuskan ketegangan.7. Demikian juga kami meminta kepada para pegawai kerajaan anggota NAM agar menghalang pernyataan dan hasutan beberapa ahli politik , atau mereka yang mendakwa dirinya pemimpin agama, yang menggerakkan pertumpahan darah, serangan terhadap jiwa, harta, kehormatan, tempat tabarruk, tempat suci agama dan perbuatan mencetuskan huru-hara.
Akhir sekali, Majma' mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sekali lagi penghormatan, harapan kejayaan, kemakmuran dan peningkatan kebahagiaan bangsa-bangsa anggota NAM, serta kesyukuran yang tulus atas limpahanNya.Sekian terima kasihMuhammad Hasan AkhtariSetiausaha Agung Majma' Ahlul Bait
Sebelum ini Abbas Haidar selaku wakil Majma' Ahlul Bait telah menyampaikan surat ini setelah diterjemahkan dalam 3 bahasa kepada semua perwakilan dalam sidang kemuncak NAM.