Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Anggota Majlis Khobregan Rahbari (Majlis Pakar Kepimpinan) Ayatullah Sayid Ahmad Khatami menerangkan kelangsungan persidangan NAM di Tehran menunjukkan kemegahan Iran di arena antarabangsa sambil mengatakan, "Persidangan NAM dan penyisihan musuh (pemulauan) membuatkan Iran stabil."Menurut beliau lagi persidangan tersebut berlangsung dalam suasana aman dan menambah, "Persidangan di Tehran membuktikan kepada seluruh dunia bahawa dakwaan penyisihan Iran tidak lebih dari pembohongan semata-mata.""Persidangan tersebut memberikan berita gembira untuk bangsa Iran, dan harapan yang cerah ini menanti saatnya untuk kemajuan Iran," ujar beliau.Imam solat Jumaat Tehran ini menegaskan persidangan NAM ke-16 sangat membanggakan dan pihak musuh revolusi Islam tidak senang hati. Jelas beliau lagi, "Persidangan NAM merupakan pencapaian besar untuk bangsa Iran yang mana wacana ekonomi adalah antara perbahasannya."
5 September 2012 - 19:30
News ID: 345163
Anggota Majlis Khobregan Rahbari (Majlis Pakar Kepimpinan) menerangkan kelangsungan persidangan NAM di Tehran menunjukkan kemegahan Iran di arena antarabangsa sambil mengatakan, "Persidangan NAM dan penyisihan musuh (pemulauan) membuatkan Iran stabil."