Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Forum Dialog dan Kerjasama antara Tamadun Islam yang dianjurkan oleh persatuan Muhammadiah dan konsul kedutaan Iran telah berlangsung dengan jayanya di Jakarta, Indonesia. Panel yang menjayakan forum ini ialah Ayatullah Taskhiri selaku presiden Lembaga Pendekatan Antara Mazhab dan Dr. Shamsuddin sebagai pengerusi Muhammadiah, pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia.Dalam forum ini, kedua-dua panel telah menyampaikan fakta-fakta penting mengenai perpaduan umat dan pandangan Islam tentang dialog antara mazhab. Para hadirin terdiri daripada anggota pertubuhan Muhammadiah, diplomat asing yang tinggal di Jakarta, duta Iran dan ahli jawatankuasa Lembaga Pendekatan Antara Mazhab dari Iran.Dalam forum ini, Dr. Shamsudin berkata, "Sekalipun ada yang menyedari tentang perselisihan dalam Islam, namun prinsip dan hakikat Islam adalah satu. Apa yang diperlukan sebelum melaksanakan dialog antara mazhab ialah menukarkan pandangan demi mendekatkan jurang selain mencari titik pertemuan dalam pandangan."Shamsuddin menambah, "Syiah dan Sunni berasal dari punca yang sama dan satu. Mempertemukan latar belakang yang sama untuk mendekatkan pandangan dan kesepakatan kedua-dua mazhab ini merupakan paksi dan asas dialog antara Syiah dan Sunni."Menurut beliau lagi, golongan Wahabi yang baru tumbuh di Indonesia enggan menerima kelogikan dialog. Mereka turut menumpukan perhatian bagaimanakah cara untuk memecahbelahkan umat sambil mengkafirkan mazhab lain serta menolak usulan pertubuhan-pertubuhan Islam. Beliau turut menganggap gerakan Wahabi ini sebagai sebuah ancaman terhadap negara Indonesia.Dr Shamsuddin turut menyatakan harapan agar kehadiran Ayatullah Taskhiri dan panel Lembaga Pendekatan Antara Mazhab di Indonesia mampu menyediakan peluang keemasan untuk kesefahaman dan kesatuan hati di kalangan mazhab-mazhab dalam negara ini.Ayatullah Taskhiri turut memberikan penjelasan prinsip dan format dialog antara mazhab menurut pandangan al-Quran. Beliau menyatakan, "Kebudayaan, pendidikan dan tabligh merupakan 3 latar asas untuk mengukuhkan dan mewujudkan kerjasama dalam dunia Islam."Taskhiri mengingatkan bahawa Islam adalah agama fitrah dan berteraskan logik akal, sedangkan mantik al-Quran pula merupakan mantik dialog. Selain itu al-Quran mengingatkan umat Islam agar berdialog dengan orang bukan Islam dalam perkara yang dikongsi bersama."Dalam mantiq al-Quran, kedua-dua pihak menumpukan fokus dialog berasaskan ilmu dan perkara yang dikongsi bersama selain menghindarkan diri dari terkeluar dari dialog atau tidak membawa pandangan-pandangan sendiri untuk lawan mereka demi untuk mencapai kata sepakat."Dalam bahagian ucapannya yang lain, beliau menegaskan, "Syiah dan Sunni mempunyai 90 peratus perkara yang dikongsi bersama. Dalam mantik al-Quran perselisihan dalam perkara yang partikular masih memberikan peluang untuk dialog demi kerjasama kedua-dua belah pihak."
Selain itu, beliau juga mengingatkan bahawa al-Quran menggalakkan dialog antara kaum muslimin dengan golongan bukan Islam. Dari itu juga tidak mungkin seseorang yang beriman dengan Allah dan RasulNya boleh dikafirkan oleh golongan yang lain.
Mengenai pengiktirafan Syiah sebagai mazhab yang sah menurut ulama-ulama Sunni, beliau menganggap kerjasama, toleransi berfikir dan berbudaya telah terjadi di kalangan Syiah dan Sunni.Di akhir forum, Ayatullah Taskhiri telah menjawab beberapa pertanyaan daripada hadirin.
Dengan kehadiran Ayatullah Taskhiri;
Forum Dialog dan Kerjasama antara Tamadun berjaya dilangsungkan di Jakarta
3 November 2012 - 20:30
News ID: 361979
Pengiktirafan Syiah sebagai sebuah mazhab di kalangan ulama Sunni merupakan kerjasama yang telah lama wujud.