Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Khamanei memberi peringatan kepada para mahasiswa agar mengamalkan bacaan al-Quran untuk penyucian jiwa serta berhati-hati dengan irfan palsu.
Berasaskan berita yang disiarkan oleh IRNA ini, beliau berkata, “Dalam lingkungan usia muda, anda hendaklah berwaspada dengan irfan palsu yang menyelinap masuk ke dalam universiti-universiti. Salah satu motif penyelinapan irfan palsu ialah melumpuhkan individu; jikalau terpengaruh dengan makrifat palsu yang tidak berasas ini maka ia benar-benar dilumpuhkan oleh kesan yang kebanyakannya dibawa masuk dari luar.
Neraca timbangan untuk memotivasikan kita ke arah ketinggian rohani dan kedekatan dengan Allah ialah taqwa. Remaja kita samada lelaki mahupun perempuan, seandainya mereka bertaqwa, jikalau mereka berusaha melihat lebih jauh, memberi keutamaan kepada solat, dan tidak memutuskan hubungan erat dengan al-Qur’an, maka mereka tidak akan menjadi tawanan irfan palsu ini.
Kebanyakan pesanan saya kepada para pemuda adalah mengenai al-Qur’an. Berusahalah agar hubungan dengan al-Qur’an tidak terputus. Setiap hari bacalah setengah halaman al-Qur’an; ini semua mendekatkan insan, menjadi penyucian jiwa dan pengabdian rohani.”
Ketenangan dan kesabaran yang diperlukan insan, iaitu:
فانزل الله سکینته علی رسوله و علی المومنین و الزمهم کلمه التقوی
(lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa" - surah al-Fath ayat 26)
Ini merupakan sebuah nikmat yang mana Allah (s.w.t) membanggakannya untuk orang beriman, iaitu Allah memberikan kedamaian, kesabaran dan ketenangan kepada Nabi (s.a.w) dan orang beriman. Dengan ketinggian usaha, maka hasil daripada apa yang telah saya katakan tadi dapat menghindarkan kita dari dosa-dosa.
Apa yang saya sebut “menghidari dosa” bukanlah bermakna pada peringkat awalnya ialah meninggalkan semua dosa sehingga dapat memasuki fasa ke-dua, bukan begitu, ini semua perlu seiring. Hendaklah keazaman dan usaha ini tidak membuatkan kita terjerumus ke dalam dosa. Taqwa membawa makna seperti ini.
Ketekalan menumpukan perhatian terhadap solat dan pembacaan al-Qur’an dan apa sahaja yang dapat membina rohani, sehingga mendatangkan ketentangan dan ketenteraman kepada kita, maka kita perlu lagi pergi kepada ajaran irfan palsu, materialistik, meragukan, berfantasi, yang mana tidak ada satu pun menjadi realiti.
Para mahasiswa, termasuklah anak-anak muda sekolah menengah perlu memberi perhatian kepada ciri-ciri keagamaan ini. Keagamaan merupakan unsur asasi yang perlu ditujukan kepada diri anda sendiri. Ketahuilah, Allah ta’ala juga turut membantu, Insyallah.