Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengerusi Lembaga Pendekatan Antara Mazhab dalam pertemuan bersama para ulama Indonesia berkata, "Praktikal perpaduan Islam adalah sirah dan sunnah tokoh-tokoh agama."Ayatullah Ali Taskhiri berkata demikian dalam satu pertemuan bersama ulama Indonesia kelmarin.Penasihat Hal Ehwal Dunia Islam bagi Pemimpin Tertinggi Iran juga menyatakan, "Para imam mazhab Islam tidak hanya berinteraksi di antara mereka sahaja, bahkan mempunyai hubungan dan keakraban yang erat sesama mereka. Interaksi para Imam mazhab menunjukkan betapa optimis dan komitmennya mereka dalam prinsip perpaduan."Sambil menyatakan kegembiraannya dapat bertemu dengan para ulama Indonesia, beliau berkata, "Kejahilan dan kurang pengetahuan tentang sesama mazhab, termasuk juga konspirasi asing merupakan dua faktor utama konflik agama dalam dunia Islam."Ayatullah Taskhiri meminta para ulama Indonesia memberikan peluang yang sepatutnya untuk dialog antara mazhab agar dapat menutup jalan bagi pengaruh pihak musuh, intensif perpecahan dan perselisihan dalam negara ini.Pengerusi Lembaga Pendekatan Antara Mazhab ini turut menceritakan politik dan kegiatan Republik Islam Iran dalam merealisasikan perpaduan umat dan menyuburkan kebangkitan dunia Islam. Beliau mengungkapkan harapan supaya dunia Islam memanfaatkan segala potensi yang ada untuk kemakmuran dan kemajuan yang lebih dari waktu-waktu sebelum ini.