22 Januari 2013 - 19:23

Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait menegasakan, "Tidak ada perkara yang dinamakan perbalahan mazhab dalam dunia Islam dan mereka yang menumpahkan darah umat Islam bukanlah daripada kalangan kaum muslimin."



Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menjelang persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam ke-26 yang akan dihadiri para ulama dari mazhab Syiah dan Sunni pada 27 dan 28 Januari depan, wartawan Taghribnews berkesempatan mewawancara Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait Muhamad Hasan Akhtari seperti berikut:

- Sepanjang kehadiran anda dalam persidangan Perpaduan Islam dalam beberapa tahun yang lalu, menurut pandangan anda, sampai ke manakah pencapaian kebudayaan, perpaduan dan pendekatan yang sudah terjadi dari peringkat ulama sehinggalah ke kepada masyarakat dan orang awam?

Kami percaya persidangan ini mempunyai kemampuan, pemikiran dan idea perpaduan serta pendekatan antara mazhab dalam Islam telah tersebar luas dan berakar umbi. Ketika kami ingin melangsungkan persidangan perpaduan pada 30 tahun dahulu, kami menghadapi banyak kesulitan. Namun hari ini masalah perpaduan menjadi suatu topik yang dibela dan dipegang orang ramai.

Kelangsungan persidangan ini mampu mengakar umbikan perpaduan hasil pengedaran tulisan, ucapan peserta dalam persidangan-persidangan ini dan buku-buku berkaitan dengan perpaduan serta integrasi yang telah ditulis dalam menghadapi perpecahan dan fitnah.

Sekarang hal perpaduan bukanlah sebuah sebuah masalah yang hanya diterangkan di kalangan beberapa ulama agama semata-mata. Hari ini kita kenal beberapa mufti yang menjelaskan betapa pentingnya perpaduan, misalannya mufti Sudan Prof. Muhammad Usman yang memberikan fatwa betapa wajib dan perlunya perpaduan antara Syiah dan Sunni. Begitu juga mufti-mufti lain termasuk juga ulama silam yang menegaskan masalah ini seperti fatwa al-Marhum Syeikh Shaltut, presiden Universiti al-Azhar dan mufti-mufti yang lain.

Hari ini juga khutbah-khutbah solat Jumaat di berbagai negara memberikan fokus terhadap perpaduan. Kebanyakan universiti telah menganjurkan forum dan panel perpaduan. Ini semua mampu membawa masalah perpaduan ke peringkat masyarakat.

Sekarang ini banyak negara yang mempunyai pusat Pendekatan Antara Mazhab dan persatuan ulama, seperti Persatuan Ulama Lubnan yang dianggotai ulama Syiah dan Sunni. Terdapat juga Persatuan Ukhwah yang dibentuk oleh Syiah dan Ahlusunnah di Pakistan, Afghanistan dan Syria. Perkara ini sedang meluas ke negara-negara lain.

- Berkenaan dengan situasi semada Dunia Islam dan perbalahan mazhab di antara negara-negara Islam seperti Pakistan, Afghanistan, Iraq dan negara-negara Islam lain, apakah persidangan ke-26 mampu menenangkan situasi perbalahan ini dengan lebih berkesan?

Topik yang anda sebutkan ini sama sekali tidak benar, sekarang perbalahan mazhab tidak wujud di mana-mana pun. Apa yang terjadi di Paksitan, Iraq, Syria dan negara-negara Islam yang lain memperlihatkan bahawa tidak ada perseteruan antara Syiah dan Sunni. Ini disebabkan kedua-duanya hidup bersama-sama. Di Iran terdapat semua golongan Ahlusunnah yang hidup secara harmoni dan bersama-sama duduk dalam kerajaan dan Parlimen. Ini bukanlah perbalahan antara Syiah dan Sunni.

Kita percaya terdapat unsur takfiri dan pemecah belah seperti kumpulan munafik yang dicipta oleh Amerika untuk menyabung nyawa Syiah dan Sunni. Bahkan kumpulan ini tidak diterima oleh Syiah dan Sunni.

Menurut pandangan kita, ini semua bukanlah berasal dari umat Islam dan mereka ini juga tidak menerima agama Nabi Muhammad (s.a.w). Tidak seorang pun orang alim yang mengarahkan pembunuhan individu tanpa sebab meskipun orang kafir, sedangkan sistem dan kanun kehidupan bersama orang kafir Yahudi sudah wujud di zaman Nabi Muhammad (s.a.w) di Mekah dan Madinah. Umat Kristian juga hidup bersama di Mekah dan Madinah, begitu juga di zaman Imam Jaafar al-Sodiq (a.s). Di zaman Imam Sodiq salah seorang pemimpin ateis "Abi Jarut" duduk dan berdiskusi dengannya. Tidak pernah Imam Jaafar al-Sodiq atau kerajaan ketika itu mengarahkan pembunuhannya.

Penghormatan darah dan jiwa seluruh insan adalah sama, agama turut memberikan penghormatan terhadap semua ini. Barangsiapa yang membunuh seorang Islam, maka ia telah melakukan kerosakan. Manakala mereka yang menumpahkan darah, pada asasnya bukanlah muslim, dan mereka tidak menerima al-Quran serta Allah (s.w.t).