22 Januari 2013 - 20:30

Syeikh al-Azhar Mesir membatalkan perjalanannya ke Arab Saudi untuk memprotes diskriminasi kerajaan tersebut dalam pengeluaran visa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syeikh al-Azhar Dr. Ahmad Tayyib yang sebelum ini sudah bersetuju untuk menghadiri Majlis Anugerah Antarabangsa Raja Malik Faisol telah membatalkan perjalanannya.Sebab pembatalan di saat-saat akhir ini berpunca apabila terdapat diskriminasi antara visa beliau dan rombongannya. Berasaskan laporan ini hanya visa Syeikh al-Azhar sahaja didaftarkan dengan kelas satu sementara yang lain mendapat visa kelas biasa. Layanan kerajaan yang berfahaman Wahabi tersebut dianggap sebagai penghinaan terhadap jawatankuasa pimpinan Dr. Ahmad Tayyid, ulama besar dunia Ahlusunnah. Dengan ini pihak Syeikh al-Azhar memaklumkan penundaan sebarang perjalanan ke negara Arab Saudi.