9 Februari 2013 - 19:48

Ulama Ahlusunnah Selatan Khorasan Timur menyatakan, "Revolusi Islam Iran merupakan fenomena Ilahi yang menghapuskan raja yang korupsi sambil mengganggu perhitungan kuasa angkuh dunia manakala seluruh kezaliman di dalam Iran ditumpaskan berkat kepimpinan pengasas revolusi Islam, Imam Khomeini."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ulama Ahlusunnah Khorasan Utara mengeluarkan kenyataan rasmi mereka sempena menjelang ulangtahun kemenangan Revolusi Islam Iran  ke-34, sambil menyeru kehadiran seluruh bangsa Iran dalam perarakan besar yang diadakan esok.

Antara kenyataan tersebut ialah, "Tidak syak lagi, kehadiran ramai rakyat dari berbagai lapisan masyarakat Islam Iran di dalam berbagai lapangan revolusi adalah tanda sokongan yang utuh dan sepenuh hati mereka yang berbakti kepada negara ini demi membela aspirasi dan kehendak warga Iran."

Selain itu mereka menegaskan, "Kami selaku ulama, cendiakawan dan guru-guru hauzah ilmiyah Ahlusunnah Khorasan Utara berikrar akan menyertai perarakan besar 22 Bahman (10 Februari 2013). Kami minta semua rakyat yang mulia agar menghadirkan diri bersama-sama hamba Allah yang lain dalam perarakan gilang gemilang 22 Bahman demi memperbaharui bai'at dengan pengasas Revolusi Islam Iran Ayatullah Imam Khomeini dan Rahbar. Pembelaan semua pihak terhadap kerajaan Republik Islam Iran hendaklah disampaikan kepada seluruh penghuni dunia."