26 Februari 2013 - 20:30

Pemimpin tertinggi republik Islam Iran menganggap pengukuhan dan perluasan hubungan negara-negara Islam merupakan faktor penting untuk menyelesaikan kesulitan di kalangan umat. Beliau menegaskan: "Tercetusnya perselisihan dan perpecahan di kalangan kaum muslimin merupakan matlamat dan rancangan Zionis, serta negara-negara kuasa angkuh dunia yang lain."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran dalam satu pertemuan bersama Presiden Pakistan petang tadi menceritakan  beberapa perkara masalah umat yang dianggap sebagai ciptaan dan suntikan musuh Islam. Ayatullah Sayid Ali Khamenei menegaskan, "Menghidupkan bakat, modal insan, potensi alam semulajadi dan geografi dunia Islam dapat memberikan kesan yang amat banyak dalam menyelesaikan masalah-masalah ini."

Selain itu, beliau turut menceritakan pengukuhan hubungan antara negara-negara Islam merupakan faktor kedua terpenting yang dianggapnya sebagai penyelesaian terhadap kesulitan. "Kewujudan perselisihan dan perpecahan antara umat Islam merupakan matlamat dan rancangan yang diterapkan Zionis dan negara-negara kuasa angkuh dunia yang lain," tutur beliau.

Mengenai hubugan persaudaraan yang terjalin antara Iran dan Pakistan, beliau berkata, "Kami amat percaya bahawa komunikasi ekonomi, infrastruktur, politik, kemasyarakatan dan keselamatan dua negara perlu diperkukuhkan lagi."

Saluran paip gas Iran dan Pakistan dinyatakan beliau sebagai contoh penting kerjasama Tehran - Islamabad. Beliau memberikan ulasan mengenai tentangan pihak musuh dalam hubungan antara dua negara, "Hendaklah penentangan ini dihadapi dengan penuh tekad."

Selain itu, mewujudkan suasana yang aman dan selamat hendaklah menjadi matlamat utama. Ayatullah Khamenei menambah, "Dalam rantau ini, Republik Islam Iran merupakan satu-satunya negara yang mempunyai sumber keselamatan tenaga, dan kami bersedia untuk menyediakan latar dalam perkara ini untuk keperluan Pakistan."

Ayatullah Khamenei menyatakan perselisihan dan perpecahan mazhab di Pakistan merupakan parasit luar yang amat berbahaya. "Pembunuhan atas alasan mazhab di Pakistan amat dikesali, hendaklah perkara ini tidak dibiarkan dengan penuh iltizam sambil menyeru ke arah perpaduan nasional," ujar beliau.

Tambahnya lagi, "Kami berharap kerajaan anda berjaya dalam mewujudkan perpaduan mazhab, kaum dan kemajuan Pakistan."

Presiden Pakistan Asif Ali Zardari turut menyatakan kegembiraannya dalam pertemuan ini dengan berkata, "Kami amat percaya dengan hubungan bilateral."

"Usaha para pelakon antarabangsa dan serantau untuk menghalang pengukuhan hubungan antara Iran sudah gagal. Ini disebabkan rakyat telah belajar bagaimana cara untuk menghadapi musuh," tambah beliau lagi.

Sementara itu Asif Ali Zardari menganggap perang saudara sebagai rancangan musuh dengan menyatakan, "Dengan doa anda, kami tidak akan biarkan komplot ini terjadi."