27 Februari 2013 - 20:30

John Kerry memaklumkan negaranya memberikan sumbangan rasmi sebanyak 60 million pemimpin pembangkang Syria Moaz al-Khatib dalam persidangan di Rom.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Amerika hari ini secara rasminya  mengumumkan peruntukan 60 juta Dollar untuk pemimpin pembangkang Syria dalam rangka menjatuhkan presiden Bashar Assad.

Langkah itu diumumkan oleh Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry dalam persidangan antarabangsa ke atas Syria di Rom, Itali. Sementara itu beberapa negara Eropah yang lain dijangka akan mengambil langkah yang sama demi meningkatkan tekanan kepada presiden Assad supaya berundur dan membuka jalan bagi peralihan demokrasi.

"Kami melakukan begini kerana kami perlu berdiri di sisi mereka yang mahu melihat Syria bangkit semula, melihat melihat demokrasi dan hak asasi manusia," ujar Kerry.

"Tidak ada bangsa, tidak ada rakyat yang perlu hidup ketakutan di bawah seorang pemimpin," katanya. Menurutnya lagi Presiden Barack Obama mengambil keputusan tersebut kononnya setelah melihat kekejaman berleluasa.

Sementara itu pemimpin pembangkang Syria Moaz al-Khatib berkata, "Kami tidak menafikan kewujudan mereka yang berfikiran aneh di kalangan kami."

Dakwanya lagi, "Kami menentang sebarang pemikiran ekstrim yang ingin memaksa orang awam menerima ideologi mereka."