Bersambung dari bahagian pertama:http://www.abna.ir/data.asp?lang=15&id=411192Pendhaifan Nasa’i dan Jurjani tidak iktibarSebahagian ulama ilmu Jarh Wa Taʽdil seperti Nasa’i dan Jurjani telah mendhaifkan Muhammad bin Humaid. Al-Mizzi menulis:وقال النسائي: ليس بثقة. وقال إبراهيم بن يعقوب الجوزجاني: ردئ المذهب غير ثقة.Nasa’i berkata: Beliau tidak tsiqah. Ibrahim bin Yaʽqub al-Jurjani berkata: Bermazhab yang rosak, tidak tsiqah.- Al-Mizzi, Yusuf bin al-Zaki Abdul Rahman Abul Hajjaj (meninggal dunia pada tahun 742 Hijrah) Tahzibul Tahzib, jilid 25 muka surat 105, tahqiq Dr. Bashar ʽAwwadh Maʽruf, penerbit Mu’asasah al-Risalah, Beirut, cetakan pertama 1400 Hijrah 1980 Miladi. Nasa’i turut mendhaifkan Abu HanifahApakah pendhaifan kedua-dua orang ini mempunyai nilai dan iktibar?Pendhaifan yang dilakukan oleh Nasa’i dan Jurjani sebenarnya tidak muktabar dan tidak dapat diterima. Ini disebabkan Nasa’i merupakan seorang yang amat sukar mentsiqahkan sesiapapun sehingga pemimpin mazhab Hanafi iaitu Abu Hanifah telah didhaʽifkan. Lacknawi menulis dalam kitab al-Rafʽ wal Takmil:ولم يقبل جرح النسائي في أبي حنيفة وهو ممن له تعنت وتشدد في جرح الرجالPenilaian Nasa’i terhadap Abu Hanifah tidak dapat diterima, kerana keras pendirian dalam Jahr rijal.- Al-Lacknawi al-Hindi, Abul Hasanat Muhammad ʽAbdul Hay (meninggal dunia pada tahun 1304 hijrah, al-Rafʽ wa al-Takmil Fi al-Jarh Wa al-Taʽdil, jilid 1 muka surat 121, tahqiq: ʽAbdul Fattah Abu Ghada, penerbit Maktab al-Mathbuʽat al-Islamiyah - Halab, cetakan ke-tiga, 1407 Hijrah.Oleh itu pendhaʽifan yang dilakukan oleh Nasa’i ditolak kerana pertimbangannya yang keras dalam mentsiqahkan seseorang.Namun Jurjani merupakan seorang yang terkenal dalam memusuhi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib (a.s).Zahabi dan Ibnu Hajar menulis tentangnya:وكان من الحفاظ المصنفين والمخرجين الثقات، لكن فيه انحراف عن علي.Beliau adalah salah seorang daripada penghafal, penulis, dan penilai perawi yang tsiqah, akan tetapi dia seorang menyeleweng daripada Ali (termasuk salah seorang yang berseteru dengan Ali).- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Uthman (meninggal dunia tahun 748 Hijrah), Mizan al-Iʽtidal fi naqd al-Rijal, jilid 7, muka surat 272, tahqiq: al-Sheikh Ali Muhammad Muʽawwidh dan Sheikh ʽAdil Ahmad Abdul Mawjud, penerbit Dar al-Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, cetakan pertama 1995 Miladi.- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hujr Abu al-Fadhl (meninggal dunia tahun 852 Hijrah), Lisan al-Mizan, jilid 6 muka surat 301, tahqiq: Da’irah al-Muʽarrif al-Nizhamiyah, - Hind, penerbit Mu’asasah al-Aʽlami Lil Mathbuʽi, Beirut, cetakan ke-tiga, 1406 Hijrah - 1986 Miladi.Hadis yang diriwayatkan oleh perawi “mukhtalif fihi” dihukum HasanSeandainya kita katakan pendhaʽifan al-Nasa’i dan Jurjani mempunyai nilai, ia tetap tidak dapat menyingkirkan perawi Muhammad bin Humaid. Ini disebabkan: Pertama: Orang yang seperti Yahya bin Maʽin, Ahmad bin Hanbal dan Thayalisi (yang tergolong sebagai ulama Jarh wa Taʽdil) telah mentsiqahkannya. Sementara itu pendhaifan yang dilakukan oleh Nasa’i hanyalah kerana sikap kekerasannya sedangkan Jurjani pula berseteru dengan Ali bin Abi Thalib. Oleh itu mereka ini tidak dapat membuat penilaian ketsiqahan Yahya bin Maʽin.Kedua: Andainya mata dapat ditutup untuk semua ini, katakan sebahagian perawi telah didhaifkan mereka sementara orang lain mentsiqahkannya, maka hadis ini tetap dapat diterima kerana menurut kaedah rijal Ahlu Sunnah, hadis seperti ini (ulama mempunyai bercanggah pendapat tentang perawinya) mempunyai martabat Hasan, sedangkan hadis bertaraf Hasan adalah hujjah di sisi Ahlu Sunnah. Sebagai contoh dapat kita lihat beberapa perkara yang akan ditunjukkan nanti.Ibnu Hajar al-ʽAsqalani menulis tentang Qazʽah bin Suwaid:أما قزعة بن سويد... واختلف فيه كلام يحيى بن معين فقال عباس الدوري عنه ضعيف وقال عثمان الدارمي عنه ثقة وقال أبو حاتم محله الصدق وليس بالمتين يكتب حديثه ولا يحتج به وقال ابن عدي له أحاديث مستقيمة وأرجو أنه لا بأس به وقال البزار لم يكن بالقوي وقد حدث عنه أهل العلم وقال العجلي لا بأس به وفيه ضعيف.فالحاصل من كلام هؤلاء الأئمة فيه أن حديثه في مرتبة الحسن والله أعلم.Adapun tentang Qazaʽah bin Suwaid… Terdapat perselisihan pendapat tentangnya, Yahya bin Maʽin meriwayatkan daripada Abbas al-Dauri bahawa beliau adalah dhaʽif, Uthman al-Darimi meriwayatkan bahawa beliau adalah tsiqah, Abu Hatim berkata tempat beliau adalah benar, hadisnya boleh ditulis tetapi tidak boleh digunakan sebagai hujjah, Ibnu Adi berkata: Beliau mempunyai hadis-hadis yang jujur, aku harap beliau tidak dipermasalahkan. Al-Barraz berkata: Beliau tidak begitu kuat, dan ahli ilmu memang ada meriwayatkan hadis daripadanya. Al-ʽIjli berkata: Tidak ada masalah dengannya dan beliau adalah dhaif.Oleh itu, kesimpulan daripada kata-kata para ulama, hadisnya berada pada tahap hasan, dan Allah jua Yang Maha Mengetahui.- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hujr Abul Fadhl (Meninggal dunia tahun 852 Hijrah), Al-Qaul al-Musaddad Fi al-Zabbi ʽAn al-Musnad Li Imam Ahmad, jilid 1 muka surat 30, tahqiq: Maktabah Ibnu Taimiyah, penerbit Maktabah Ibnu Taimiyah - al-Qahirah, cetakan pertama 1401 Hijrah.Begitu juga dalam kitab Tahzibul Tahzib, Ibnu Hajar menulis terjemah perihal Abdullah bin Shalih:وقال ابن القطان هو صدوق ولم يثبت عليه ما يسقط له حديثه إلا أنه مختلف فيه فحديثه حسن.Ibnu Qatthan berkata, beliau amat jujur berbicara, tidak pernah terbukti hadisnya digugurkan kecuali ada berbagai pandangan tentangnya. Oleh itu hadisnya adalah Hasan.- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia tahun 852 Hijrah), Tahzibul Tahzib, jilid 5 muka surat 228, penerbit Darul Fikr - Beirut, cetakan pertama 1404 Hijrah - 1984 Masihi.Zarkasi di dalam Al-Alāʽi al-Manthurah menulis:وقد أخرجه ابن ماجة في سننه عن كثير بن شنظير عن محمد سيرين... وكثير بن شنظير مختلف فيه فالحديث حسن.Ibnu Majah di dalam Sunannya tentang Kathir bin Shinẓīr, daripada Muhammad bin Shirin… terdapat perselisihan pendapat tentang Kathir bin Shinẓīr, maka hadisnya adalah Hasan.- Al-Zarkhashi, Badruddin (meninggal dunia tahun 794 Hijrah) al-La’ili al-Manthurah Fi al-Ahadith al-Mashhurah al-Maʽruf Bi (Al-Tadhkirah Fi al-Ahadith al-Mashhurah) jilid 1 muka surat 42, tahqiq: Mushtafa Abdul Qadir ʽAtha, penerbit: Darul Kutub al-ʽAlamiyah - Beirut, cetakan pertama 1406 Hijrah 1986 Masihi.Hafiz al-Haithami menulis di dalma Majmaʽ al-Zawaʼid:رواه أحمد وفيه عبدالله بن محمد بن عقيل وهو سيء الحفظ قال الترمذي صدوق وقد تكلم فيه بعض أهل العلم من قبل حفظه وسمعت محمد بن إسماعيل يعني البخاري يقول كان أحمد بن حنبل وإسحق بن إبراهيم والحميدي يحتجون بحديث ابن عقيل قلت فالحديث حسن والله أعلم.Ahmad meriwayatkannya dan terdapat perawi Abdullah bin Muhammad bin ʽAqil yang tidak berapa bagus hafalannya. Al-Tarmizi berkata dia amat jujur berbicara. Sebahagian ahli ilmu telah berbicara mengenai ingatannya. Aku mendengar Muhammad bin Ismail iaitu al-Bukhari berkata: Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Ibrahim dan al-Humaidi telah berhujjah dengan hadis Ibnu ʽAqil. Aku berkata: Hadis beliau adalah Hasan. Allah jua yang Maha Mengetahui.- Al-Haithami, Ali bin Abi Bakr (meninggal dunia tahun 807 Hijrah), Majma’ al-Zawaid wa Manbaʽ al-Fawaʼid, jilid 1 muka surat 260, penerbit Dar al-Rayyan Li Turath/ Darul Kitab al-ʽArabi - al-Qahirah, Beirut - 1407 Hijrah.Hafiz Ibnu Qaṭṭān dalam kitab Bayan al-Wahm wal-Iyham beberapa kali berdalil dengan menggunakan kaedah ini yang mana beberapa contohnya akan ditunjukkan di sini.وهو إنما يرويه ابن وهب، عن أسامة بن زيد الليثي، عن نافع عنه. وأسامة مختلف فيه، فالحديث حسن. وقد تقدم ذكر أسامة في هذا الباب.Ibnu Wahab meriwayatkan daripada Usamah bin Zaid al-Laythi, dan daripada Nafiʽ sementara itu terdapat berbagai pandangan Usama tentangnya. Oleh itu hadis tersebut adalah Hasan. Usamah telahpun disebut dalam bab ini.- Ibnu al-Qaṭṭān al-Fasi, Abul Hasan Ali bin Muhammad bin Abdul Muluk (meninggal dunia tahun 628 Hijrah), Bayan al-Wahm wal Iham Fi Kitab al-Ahkam, jilid 4 muka surat 420, tahqiq Dr. al-Husain Ayat Saʽid, penerbit Darul Thayyibah - Riyadh, cetakan pertama 1418 Hijrah 1997 Masihi.وهو حديث يرويه سلام أبو المنذر، عن ثابت، عن أنس. وهو سلام بن سليمان القارئ، صاحب عاصم، وهو مختلف فيه، فالحديث حسن.Hadis tersebut diriwayatkan oleh Salam Abu al-Mundhir, daripada Tsabit, daripada Anas. Iaitu Salam bin Sulaiman al-Qari, terdapat perselisihan pendapat tentang beliau, oleh itu hadis tersebut adalah Hasan.- Ibnu al-Qaṭṭān al-Fasi, Abul Hasan Ali bin Muhammad bin Abdul Muluk (meninggal dunia tahun 628 Hijrah), Bayan al-Wahm wal Iham Fi Kitab al-Ahkam, jilid 4 muka surat 463-462, tahqiq Dr. al-Husain Ayat Saʽid, penerbit Darul Thayyibah - Riyadh, cetakan pertama 1418 Hijrah 1997 Masihi.Mulla Ali Qari menukilkan sebuah hadis yang mempunyai sanad Abul Munib, kemudian beliau menulis:ورواه الحاكم وصححه وقال أبو المنيب ثقة ووثقه ابن معين أيضاً وقال ابن أبي حاتم سمعت أبي يقول صالح الحديث وأنكر على البخاري ادخاله في الضعفاء وتكلم فيه النسائي وابن حبان وقال ابن عدي لا بأس به فالحديث حسن.Hakim meriwayatkan hadis itu dan mensahihkannya. Abul Munib berkata: Tsiqah, sedangkan Ibnu Maʽin turut mentsiqahkannya. Ibnu Abi Hatim berkata: Aku mendengar ayahku berkata: beliau adalah seorang yang ṣalih al-hadith, sedangkan al-Bukhari menafikannya dan memasukkannya di dalam golongan yang dhaif. Nasa’i dan Ibnu Habban juga mengkritiknya sedangkan Ibnu Adi berkata: Tidak ada masalah tentangnya. Oleh itu hadis tersebut adalah Hasan.- Al-Qari, Ali bin Sulthan Muhammad (meninggal dunia tahun 1014 Hijrah), Mirqat al-Mafatih Sharh Mishkat Masabih, jilid 3 muka surat 305, tahqiq: Jamal ʽItani, penerbit Darul Kutub al-ʽIlmiyah - Lubnan Beirut, cetakan pertama: 1422 Hijrah 2001 Masihi.Manawi menulis di dalam Faidh al-Qadir seperti berikut:طب عن عبد الله بن زيد الأنصاري الأوسي ثم الخطمي كوفي شهد الحديبية قال الهيثمي: وفيه أحمد بن بديل وثقه النسائي وضعفه أبو حاتم أي فالحديث حسنAl-Haithami berkata: di dalam hadis tersebut terdapat perawi Ahmad bin Badil, Nasa’i telah mentsiqahkannya sedangkan Abu Hatim mendhaifkannya. Maka hadis tersebut adalah Hasan.-Al-Manawi, Abdul Ra’uf (meninggal dunia 1031 Hijrah), Faidh al-Qadir Sharh al-Jami al-Shaghir, jilid 1 muka surat 369, penerbit al-Maktabah al-Tijari al-Kubra - Mishr, cetakan pertama 1356 Hijrah.Muhiyuddin Nawawi, Shaukani dan Mubarakfuri telah menukilkan sebuah hadis dan menulis seperti berikut:وفي إسْنَادِهِ عبد الرحمن بن حَبِيبِ بن أزدك (أردك) وهو مُخْتَلَفٌ فيه قال النَّسَائِيّ مُنْكَرُ الحديث وَوَثَّقَهُ غَيْرُهُ قال الْحَافِظُ فَهُوَ على هذا حَسَنٌDi dalam sanad-sanadnya terdapat Abdul Rahman bin Habib bin Uzdak, banyak perselisihan pendapat tentang beliau. Nasa’i berkata beliau munkar al-Hadis, sedangkan yang lain mentsiqahkannya. Al-Hafiz berkata: Hadis tersebut Hasan.- Al-Nawawi, Abi Zakaria Muhiyuddin (meninggal dunia tahun 676 Hijrah), al-Majmuʽ, jilid 17 muka surat 68, penerbit Darul Fikr Lil Mathabaʽah Wal Nashr Wal Tauziʽ, edisi tambahan kedua.- Al-Shaukani, Muhammad bin Ali bin Muhammad (meninggal dunia tahun 1255 Hijrah), Nail Authar Min Ahadis Sayid al-Akhbar Syarh Muntaqi al-Akhbar, jilid 7 muka surat 20, penerbit Darul Jail, Beirut 1973.- Al-Mubarakfur, Muhammad Abdul Rahman Abul ʽAla (meninggal dunia 1353 Hijrah), Tuhfah al-Ahwazi Bisyarh Jamiʽ al-Tarmidhi, jilid 4 muka surat 304, penerbit Darul Kutub al-ʽIlmiyah - Beirut.Zailaʽi di dalam Nashb al-Rayah mencatatkan sebuah hadis dan menulis:حديث آخر أخرجه الترمذي... وقال غريب ورواه أحمد في مسنده قال بن القطان في كتابه وأبو معشر هذا مختلف فيه فمنهم من يضعفه ومنهم من يوثقه فالحديث من أجله حسن انتهى.Hadis akhir telah dikeluarkan oleh al-Tarmizi… dan beliau berkata hadis tersebut adalah Gharib, Ahmad telah meriwayatkan hadis itu di dalam musnadnya. Ibnu al-Qaththan dan Abu Maʽshar berkata: Terdapat perselisihan pendapat tentangnya. Di antara mereka ada yang mendhaifkannya, di antaranya ada yang mentsiqahkannya. Maka Hadis tersebut menjadi Hasan. Tamat.- Al-Zailaʽi al-Hanafi, Abdullah bin Yusuf Abu Muhammad al-Hanafi (meninggal dunia tahun 762 Hijrah), Nashb al-Rayah Li Ahadith al-Hidayah, jilid 4 muka surat 121. Tahqiq Muhammad Yusuf Al-Banuri, penerbit Darul Hadis Mishr 1357 Hijrah.Sekarang, apa yang telah disebutkan telah membuktikan bahawa perselisihan ulama dalam mentsiqahkan dan mendhaifkan perawi tidak menyebabkan jatuhnya darjat kemuktabaran sesebuah hadis, bahkan hadis seperti itu masih berada di tahap Hasan sedangkan hadis Hasan juga mempunyai persamaan dengan hadis sahih, iaitu hujjah dan diterima oleh ulama Ahlusunnah.Praktikal dengan kaedah ini tidak hanya khusus pada cendiakawan muslim zaman dahulu semata-mata, bahkah para ulama Ahlusunnah di zaman ini juga menerima kesahihannya dengan cara yang sama.Muhammad Nashir Albani yang mempunyai kedudukan istimewa di kalangan Wahabi, di dalam kitab Silsilah Ahadith al-Sahihah sahaja beliau telah mensahihkan lebih lima puluh hadis dengan menggunakan k