30 Mei 2013 - 10:01
Israel nafi mahu Assad kekal berkuasa

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sambil menyatakan kebimbangan terhadap serangan roket scud Syria ke atas Tel Aviv, sumber keselamatan Israel menafikan kesahihan laporan akhbar "The Times" di London berhubung hasrat mereka yang ingin mengekalkan kekuasaan Bashad Assad.

Menurut berita yang dipetik oleh Ma'arif, sumber keselamatan Israel menyatakan bahawa Syria cuma menggunakan separuh peluru roketnya dalam operasi membasmi pemberontak, namun mereka masih menyimpan ratusan daripadanya.

Sebelum ini The Times memetik sumber daripada seorang pegawai senior Israel bahawa negaranya ingin Bashar Assad terus berkuasa. 

Jurucakap kementerian pertahanan negara Zionis itu,  Yoav Mordechai turut menyatakan kekesalan atas laporan tersebut sambil menyatakan bahawa pihaknya tidak mengetahui siapakah pegawai senior tersebut. "Saya tidak kenal siapakah orang itu, kami dalam askar Israel akan terus memantau sebarang senario di Utara dan beberapa bahagian yang lain," tegas beliau.