19 Jun 2013 - 19:30
Pemimpin Hamas nafi putus hubungan dengan Iran

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co)  -Mahmoud Az-Zahhar menegaskan bahawa gerakan Hamas masih mempunyai hubungan baik dengan Hizbullah dan dunia Islam yang lain.Berkata kepada Al-Manar pada hari Rabu, Az-Zahar menganggap "perbezaan pendapat tidak merosakkan hubungan," sambil menyatakan bahawa pihaknya tidak tahu apapun tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh cawangan gerakannya di Lubnan mengenai hubungan mereka dengan Hizbullah.Dalam masa yang sama, pegawai Hamas ini menjelaskan bahawa hubungan dengan Iran masih stabil walaupun berlaku pertukaran dalam republik Islam tersebut. Beliau turut menolak dakwaan media kononnya hubungan dua hala antara Palestin dan Iran sudah berakhir.Az-Zahar berkata, tidak seorangpun pegawai Iran yang memutuskan hubungan dengan Hamas meskipun Syeikh Hasan Rouhani memenangi pilihanraya.Apabila ditanya tentang sebahagian ulama yang menyeru jihad ke Syria, beliau menjawab, "Para ulama itu hendaklah bertanggung jawab terhadap seruan mereka."Mengenai pendirian gerakan Palestin terhadap krisis Syria, Az-Zahar yakin bahawa Hamas masih mempunyai pendirian yang seimbang sebagaimana pendiriannya terhadap isu dalaman dunia Arab yang lain. Pihaknya hanya menumpukan perhatian terhadap perjuangan melawan pendudukan Israel."Apabila Pertubuhan Pembebasan masuk campur dalam isu dalaman Arab, maka ia akan mengalami kerugian di samping merugikan perjuangan rakyat Palestin... apabila ia meninggalkan Jordan dan mengambil bahagian dalam krisis Beirut pada tahun 70-an, maka kuasanya hilang, malah meninggalkan moqawama (perjuangan melawan Israel)," tambahnya lagi.