Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sekumpulan penganut aliran Wahabi menyerang para hadirin dalam majlis mengenang kesyahidan Syeikh Hasan Shehata petang 2 hari lalu. Menurut saksi golongan pelampau ini sudah menghasut masyarakat untuk menyerang majlis tersebut di Husainiyah 'Asyur dengan menjulang nama Shafi Al-Ajmi, seorang pemimpin wahabi yang pernah memberikan fatwa pembunuhan Syiah di perkampungan Hatlah, Deir Al-Zour dalam salah sebuah rancangan televisyen bulan lalu. Antara kata-kata yang dikeluarkan pelampau dalam serangan tersebut ialah "Serang anggota Hizbullah, dan yang dinamakan Hizb itu adalah Hizbu Syaitan. Selain itu ada yang berucap dengan berkata, "Sediakan 10 anggota Hizbullah untuk aku sembelih."
Saksi menambah, "Shafi Al-Ajmi meminta golongan Salafi menyerang majlis mengenang Allamah Hasan Shehata di Kuwait dan para hadirin yang menyertainya dengan menggunakan kekuatan, tidak kira apa jua akibatnya."
Dalam aksi ganas tersebut, golongan Salafi awal-awal lagi sudah berada di kawsasan Bneid Al-Gar dan melaungkan slogan-slogan provokasi terhadap hadirin yang berada di hadapan Husainiyah 'Asyur sehingga selesai solat Maghrib dan Isya. Namun pengikut mazhab Syiah mengambil sikap berdiam diri sehingga wakil Syiah dan ulama tampil menghadapi golongan ini.
Situasi menjadi bertambah tegang apabila golongan Salafi bertindak melontar batu dan kaca ke arah Husainiyah dan hadirin dalam majlis tersebut.
Menjelang pukul 11 malam, sejumlah besar anggota keselamatan tiba di tempat kejadian dan berjaya mengusir golongan Wahabi dari Husainiyah 'Asyur. Selain itu pasukan keselamatan, ulama dan wakil Syiah berusaha bersungguh-sungguhn untuk menenangkan mereka.
Saksi juga mengaku bahawa golongan Salafi membawa senjata dalam kenderaan mereka.