13 Julai 2013 - 19:30
Bolehkah Raj’ah disabitkan dengan al-Quran dan hadis?

Jawapan:Tidak syak lagi, akidah mengenai raj’ah merupakan salah satu ciri-ciri kebenaran Syiah yang dapat disabitkan dengan dalil qat’i. Sebelum memasuki perbahasan dalil-dalilnya, hendaklah kita mengenali hakikat raj’ah terlebih dahulu.Hakikat Raj’ah di sisi SyiahRaj’ah merupakan salah satu peristiwa yang terjadi di zaman kezuhuran Imam Mahdi (a.s). Berasaskan akidah ini, kembalinya sekumpulan daripada orang beriman yang bertahun-tahun menunggu untuk mendapatkan ganjaran selaku pembantu wali-wali Allah dan untuk melihat sebuah kerajaan. Mereka ini kembali untuk bergembira apabila melihat kerajaan adil dan saksama. Selain itu sekumpulan orang munafik yang melakukan kejahatan yang keji juga turut kembali sehingga mereka merasakan hukuman setimpal, seksaan dan kehinaan berdasarkan amalan di dunia ini. Marhum Syeikh Mufid berkata tentang perkara ini:والرجعة إنما هي لممحضي الإيمان من أهل الملة وممحضي النفاق منهم .المسائل السروية، الشيخ المفيد ، ص35 .Orang yang mengalami Raj’ah ialah daripada kalangan ummat yang mempunyai iman murni dan yang mempunyai kemunafikan murni.- Al-Masā’l Al-Sarawiyyah, Al-Sheikh Al-Mufid, muka surat 35.Sayid Murtadha berkata:اعلم أن الذي تذهب الشيعة الإمامية إليه أن الله تعالى يعيد عند ظهور إمام الزمان المهدي (عجل الله تعالي فرجه الشريف)قوماً ممن كان قد تقدم موته من شيعته ليفوزوا بثواب نصرته ومعونته ومشاهدة دولته، ويعيد أيضاً قوماً من أعدائه؛ لينتقم منهم فيلتذوا بما يشاهدون من ظهور الحق وعلو كلمة أهله .رسائل السيد المرتضى ، ج1 ص125، إعداد: السيد مهدي الرجائي .Ketahuilah, sesungguhnya menurut pandangan Syiah Imamiyah, kaum yang akan dikembalikan oleh Allah di zaman kemunculan Imam Mahdi adalah sebahagian daripada Syiah yang telah meninggal dunia sebelum kemunculan beliau sehingga mereka berjaya meraih ganjaran pahala kerana membantu dan menyaksikan kerajaannya. Allah akan mengembalikan juga (menghidupkan) kaum daripada musuh-musuhnya untuk beliau menghukum mereka. Mereka juga akan menyaksikan bagaimana kemunculan kebenaran dan ketinggian kalimah pengikut kebenaran.- Rasā’il Al-Sayyid Al-Murtaḍa, jilid 1 muka surat 125Marhum Ṭabarsī berkata:وقد تظافرت الأخبار عن أئمة الهدى من آل محمد ( صلي الله عليه وآله وسلم ) في أن الله تعالى سيعيد عند قيام المهدي قوماً ممن تقدم موتهم من أوليائه وشيعته ليفوزا بثواب نصرته ومعونته ويبتهجوا بظهور دولته، ويعيد أيضاً قوماً من أعدائه لينتقم منهم.مجمع البيان، الطبرسي ، ج7 ص367 .Banyak hadis diriwayatkan daripada para Imam Ahlul Bait (a.s), bahawa Allah (s.w.t) akan mengembalikan kaum daripada para wali dan Syiahnya, iaitu sebahagian daripada orang yang telah meninggal dunia ketika kebangkitan Imam Mahdi, untuk mendapatkan ganjaran pahala membantu dan menyediakan latar kemunculan kerajaan beliau. Terdapat satu kaum daripada kalangan musuh-musuhnya yang turut dikembalikan untuk menerima pembalasan.- Majmaʽ Al-Bayān, Al-Ṭabarsī, jilid 7 muka surat 367Iktikad dengan raj’ah menyebabkan para pengikut mazhab Syiah dicerca sepanjang sejarah sehingga sampai ke peringkat sekiranya seorang perawi hadis mencapai darjat tsiqah, namun disebabkan mempunyai akidah raj’ah, maka ulama ilmu Jarh Wa Taʽdīl akan menolaknya; contohnya Muslim bin Hajjaj dalam mukaddimah Sahih Muslim menukilkan:حَدَّثَنَا أَبُو غَسَّانَ مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو الرَّازِيُّ سَمِعْتُ جَرِيرًا يَقُولُ لَقِيتُ جَابِرَ بْنَ يَزِيدَ الْجُعْفِيَّ فَلَمْ أَكْتُبْ عَنْهُ كَانَ يُؤْمِنُ بِالرَّجْعَةِ .Abu Ghassān Muḥammad bin ʽAmru Al-Rāzī menceritakan kepada kami bahawa beliau mendengar Jarīr berkata: Aku bertemu dengan Jābir bin Yazīd al-Juʽfī, namun aku tidak pernah menulis sebarang hadis daripadanya kerana beliau beriman dengan raj’ah.Sedangkan beliau dengan jelas menyatakan bahawa di sisinya ada lebih tujuh puluh ribu hadis!سَمِعْتُ جَابِرًا يَقُولُ عِنْدِي سَبْعُونَ أَلْفَ حَدِيثٍ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهَا .صحيح مسلم ، ج 1 ، ص 15 – 16 .Aku mendengan Jabir berkata: Di sisiku ada tujuh puluh hadis semuanya daripada Abi Jaʽfar, daripada Nabi Muhammad (s.a.w).- Saḥīḥ Muslim, jilid 5 muka surat 15-16Untuk menyabitkan kesahihan iktikad dengan raj’ah, terdapat banyak dalil dari al-Qur’an dan Sunnah. Al-Marhum ʽAllamah Majlisi menukilkan puluhan hadis tentang perkara ini dalam jilid 53 kitab Biharul Anwar. Sebagai pengantar, kita akan menyorot kesaksian al-Quran terlebih dahulu, kemudian barulah melihat hadis-hadisnya.Kesaksian Al-Qur’an tentang kemungkinan raj’ah:Di dalam al-Qur’an terdapat ayat-ayat yang menyabitkan akidah raj’ah:1. Sekumpulan daripada setiap umatku akan dihimpunkan:Allah (s.w.t) berfirman di dalam surah al-Naml ayat 83:وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجًا مِمَّنْ يُكَذِّبُ بِآَيَاتِنَا فَهُمْ يُوزَعُونَ (83)[83] Dan hari Kami himpunkan daripada tiap-tiap umat sekumpulan besar orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.Allah (s.w.t) berfirman di dalam ayat ini bahawa sekumpulan daripada golongan yang melakukan kezaliman akan dikembalikan, bukan semuanya. Jelaslah bahawa perhimpunan ini bukanlah di hari kiamat kerana di hari tersebut semua orang akan dihimpunkan (bukan sebahagian), dan tidak seorang pun akan tertinggal. Tidakkah di hari kiamat seluruh manusia akan dihimpunkan dan mereka akan melihat keputusan amalan?. Perkara ini dapat dilihat dalam kebanyakan daripada ayat al-Qur’an contohnya Allah (s.w.t) berfirman dalam surah al-Kahfī, ayat 47: وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا .dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.Atau dalam surah al-Naml, ayat 87 Allah (s.w.t) berfirman:وَيَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ[87] Dan hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh.Dengan ini maksud Allah “hari Kami himpunkan daripada tiap-tiap umat sekumpulan besar” tidak dapat dikatakan sebagai perhimpunan di hari kiamat dan maksudnya hanyalah raj’ah yang diyakini oleh Syiah.2. Dihidupkan dua kali setelah dua kali matiAllah (s.w.t) berfirman dalam surah al-Ghāfir ayat 11:قَالُوا رَبَّنَا أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلْ إِلَى خُرُوجٍ مِنْ سَبِيلٍ .[11] Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami mati dua kali, dan telah menjadikan kami hidup dua kali, maka kami mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk keluar?"Di dalam ayat ini, Allah (s.w.t) berfirman tentang dua kali kematian dan dua kali kehidupan yang mana mereka akan mengalami “hidup” sebagaimana kehidupan yang sebelumnya, dan mereka akan dimatikan sebagaimana mati sebelumnya. Kematian pertama adalah kematian di dunia setelah kehidupan. Kematian kedua setelah kehidupan pula terjadi dalam raj’ah. Sebagaimana mereka mengalami kehidupan pertama, dalam raj’ah mereka akan mengalami kehidupan buat kali kedua dan penghabisan.3. Aṣḥābul Kahfī hidup kembaliSalah satu dalil-dalil kesahihan dan kemungkinan terjadinya raj’ah ialah peristiwa Aṣḥābul Kahfī yang telah dihidupkan semula setelah 300 tahun. Allah (s.w.t) berfirman dalam surah al-Kahfī:وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ ... وَكَذَلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْ . الكهف / 18 و 19 .[18] Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur… [19] Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka, supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiriوَكَذَلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوا أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَأَنَّ السَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَا . الكهف / 21 .[21] Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِئَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا . الكهف / 25 .[25] Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dan sembilan lagi 4. Kisah Nabi ʽUzair:أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَى قَرْيَةٍ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّى يُحْيِي هَذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِئَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالَ بَلْ لَبِثْتَ مِئَةَ عَامٍ فَانْظُرْ إِلَى طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ وَانْظُرْ إِلَى حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ آَيَةً لِلنَّاسِ وَانْظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ . البقره / 259 .[259] Atau tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan negeri ini sesudah matinya?" Lalu ia dimatikan oleh Allah selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal sehari atau setengah hari". Allah berfirman:", bahkan engkau telah tinggal selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu, dan Kami menjadikan engkau sebagai tanda bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya, berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".5. 70 ribu keluarga yang lari dari penyakit taunSalah satu dalil-dalil kesahihan dan kemungkinan terjadinya raj’ah di kalangan umat ini ialah kisah 70 ribu keluarga yang lari dari penyakit taun di mana mereka mengalami kematian secara mendadak.  Namun dengan berkat doa Hezqil iaitu washi ke-tiga Musa (a.s), maka mereka itupun dihidupkan semula. Allah (s.w.t) menukilkan kisah ini seperti berikut:أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَهُمْ أُلُوفٌ حَذَرَ الْمَوْتِ فَقَالَ لَهُمُ اللَّهُ مُوتُوا ثُمَّ أَحْيَاهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ .  البقره / 243 .[243] Tidakkah engkau ketahui tentang orang-orang yang keluar dari kampung halamannya kerana takut akan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu" kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. (surah al-Baqarah)Mereka ini dikatakan sebagai 70 ribu keluarga yang keluar dari kediaman masing-masing kerana melarikan diri akibat khuatir pada kematian yang disebabkan wabak taun. Sebaik sahaja dalam perjalanan ajal mereka pun tiba. Namun dengan berkat doa washi ke-tiga Nabi Musa (a.s) maka mereka pun hidup semula dan mereka juga adalah sekumpulan dari Bani Israil. Marhum Ṭabarsī dalam kitab tafsir Majmaʽ al-Bayān berkata:هؤلاء ( الذين خرجوا من ديارهم ) قيل : هم من قوم بني إسرائيل ، فروا من طاعون وقع بأرضهم ، عن الحسن . وقيل : فروا من الجهاد ، وقد كتب عليهم  .تفسير مجمع البيان ، الشيخ الطبرسي ، ج 2 ، ص 132 .Mereka (yang keluar dari kampung halaman mereka), dikatakan: Mereka dari kaum Bani Israil, melari