Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dua individu yang disyaki berkaitan dengan ajaran Syiah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kelmarin kerana memiliki buku-buku Syiah.Dalam serbuan di Medan Kamunting kira-kira pukul 11 pagi kelmarin pihak JAIPk menahan Dr. Nur Azah Abdul Halim, 41, di kliniknya dengan rampasan beberapa bahan bercetak berunsur Syiah termasuk buku, poster dan cakera padat (CD).Beberapa ketika kemudian pihak JAIPk menahan Mohammad Ridzuan Yusof, 51, berserta rampasan.Mereka berdua telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Perak petang kelmarin atas tuduhan mengingkari fatwa Jabatan Mufti negeri kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan dengan ajaran Syiah. Walau bagaimanapun kedua-duanya dilepaskan dengan jaminan RM3,000 setiap seorang dan kes ini akan disebut semula pada 20 Ogos depan di Mahkamah Rendah Syariah Taiping.Pihak JAIPk enggan mengulas apakah premis perniagaan yang diserbu mereka berkaitan dengan penyebaran ajaran Syiah atau tidak.Kebimbangan tercetus apabila mazhab Syiah semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia berikutan perkembangan teknologi Maklumat.Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini mengesahkan pengikut mazhab Syiah sudah mencapai hampir 250,000 orang yang bergerak aktif dalam 10 kumpulan.
5 Ogos 2013 - 19:30
News ID: 449095
Mazhab Syiah semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia