18 Ogos 2013 - 19:30
Fitnah konflik mazhab di Syria perangkap JAIP

"Kita tidak mahu apa yang terjadi di Syria, di Pakistan akan berlaku (di negeri ini), jadi kita buat pencegahan awal, supaya tidak menjejaskan keselamatan, keharmonian negeri kita." - Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan apabila mendakwa tindakan ke atas pengikut Syiah diambil demi menjaga keselamatan negeri berikutan huru hara yang tercetus di Syria.Pegawai tersebut, Ahmad Nizam Amiruddin dalam kenyataan yang disiarkan oleh televisyen Astro Awani berkata, "Syiah, kita kata isu yang sangat berat hari ini, kami pihak penguatkuasa akan cuba membanteras Syiah ini kerana kita tidak mahu apa yang berlaku di Syria, di Pakistan akan berlaku (di negeri ini), jadi kita buat pencegahan awal, supaya tidak menjejaskan keselamatan, keharmonian negeri kita."Kenyataan aneh tersebut dibuat ketika ramai ulama Islam termasuk Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang krisis di Syria sebagai percubaan melumpuhkan gerakan membebaskan Palestin dan bukan konflik mazhab Sunni - Syiah.Ahmad Nizam Amiruddin bersama bahan rampasan ketika penahanan 2 individu yang dikaitkan dengan ajaran SyiahMelanggar prinsip kebebasan menganut kepercayaan dalam Perlembagaan.Sebelum ini Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT), menganggap tindakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) itu jelas bertentangan dengan prinsip kebebasan menganut kepercayaan dalam Perlembagaan."KsJT juga mendesak JAIPK, jabatan-jabatan agama mahupun agensi penguatkuasaan tidak semberono membuat serbuan hanya kerana seseorang itu atau organisasi menyimpan bahan-bahan mengenai ajaran Syiah. "Bukan sahaja serbuan sebegitu bersalahan dengan prinsip sebuah negara demokratik, liberal dan berperlembagaan malahan bercanggah dengan tatacara undang-undang di negara ini," kata mereka dalam akhbar Malaysiakini pada 7 Ogos lalu.Kenyataan itu dikeluarkan oleh 13 pihak, termasuk exco kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin, anggota Dewan Undangan Negeri Batu Caves Amirudin Shari dan bekas setiausaha akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar.Antara yang membuat bantahan, ialah penulis lirik terkenal Budi Hekayat dan pendakwah bebas Wan Ji Hussin.JAIPK pada 6 Ogos lalu menahan Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, di Medan Kamunting dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51, di Kamunting Lama bersama rampasan. Mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 kerana mengingkari fatwa mufti dengan memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah.