Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa NGO menganjurkan tunjuk perasaan aman di hadapan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur tengah hari tadi untuk membantah hasrat Amerika untuk menyerang Syria. Mohamad Sabu selaku timbalan presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) yang hadir di situ berkata, ""Kita mengecam keputusan Amerika dan sekutunya yang akan menyerang Syria dengan alasan pemerintahan negara itu menggunakan senjata kimia."Itu bukan satu alasan yang munasah, sebelum ini kita tengok campurtangan Amerika dan sekutunya dibeberapa buah negara, apa yang berlaku bukannya dapat menyelesaikan masalah tetapi rakyat negara itu terus menanggung penderitaan," jelas beliau.Mohamad bersama empat wakil NGO akhirnya diizinkan memasuki pejabat keduataan bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap keputusan Amerika.Kira-kira 100 orang telah menghadiri perhimpunan yang bermula setelah solat Jumaat sehingga jam 3 petang tadi.



5 September 2013 - 19:30
News ID: 459969
Parti Islam Semalaysia kecam hasrat Amerika menyerang Syria