7 November 2013 - 20:30
Dalang pembunuhan Hasan Shehata ditangkap

Pihak keselamatan mengumumkan kejayaan memberkas dalang di sebalik pembunuhan ulama Syiah Mesir.

http://www.alashter.com/wop/wp-content/uploads/2013/07/20w8-copy-600x272.jpgAgensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pihak keselamatan Mesir semalam mengumumkan penangkapan dalang di sebalik kes pembunuhan Syiekh Hasan Shehata yang juga merupakan pemimpin rohani Syiah Mesir, di Abu Nomrous, daerah Giza.Sumber keselamatan turut menyatakan tertuduh yang dikenali sebagai Rajab Khamis Mohamed selama ini telah bersembunyi di dalam sebuah rumah dan hasil siasatan menunjukkan ia memang terlibat dalam insiden tersebut.Pada bulan Jun lalu, beberapa orang penduduk di perkampungan Abu Musallam berhampiran kota Abu Nomrous, Barat Kaherah menyerang sebuah rumah dan penghuninya yang sedang menjalankan majlis menurut mazhab Syiah sehingga menyebabkan kematian beberapa orang termasuk Hasan Shehata.Pembunuhan kejam tersebut mendapat kecaman ahli politik, ulama serta rakyat Mesir, dan mereka mendesak agar kes ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera.