
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua Majlis Tertinggi Keselamatan Daerah al-Diwaniya, Ammar al-Madani dalam sidang akhbar yang dihadiri para pegawai pasukan keselamatan berkata, "Sokongan dan bantuan penduduk awam dengan membekalkan maklumat primer kepada pasukan keselamatan telah membawa penangkapan mereka dengan segera."
Al-Madani menjelaskan, "Bukti-bukti yang ditinggalkan para pengganas di lokasi jenayah membolehkan pasukan keselamatan berjaya menangkap mereka dengan segera, iaitu sebelum mereka terlepas keluar dari kota... Para tertuduh mengaku mereka adalah anggota ad-Dawla al-Islāmiyya fi al-'Irāq wa-sh-Shām.
"Para pengganas berasal dari daerah luar Al-Diwaniyah. Operasi mengesan dua kenderaan tersebut berjaya dilaksanakan di luar daerah. Pada mulanya ia cuba menyeberang sebatang jalan untuk memasuki daerah ini... Siasatan dan pengakuan para tertuduh diiringi dengan maklumat perisikan dan gambar kamera CCTV yang dipasang pada jalan utama, pintu masuk dan pusat pemeriksaan luar kawasan.
"Selain itu penduduk tempatan turut bekerjasama dengan pasukan keselamatan dengan membekalkan maklumat tentang pergerakan yang mencurigakan, untuk menangani serangan-serangan pengganas Takfiri yang menyasarkan kesejahteraan Iraq dan rakyatnya."
Gabenor daerah al-Diwaniya sebelum mengumumkan penangkapan tiga orang dalang pengeboman di kawasannya. Di kalangan mereka ada yang mengaku berasal dari kumpulan Al-Qaeda wilayah Selatan. Pada hari Ahad lalu pengganas melakukan operasi bom kereta di daerah tersebut sehingga mencederakan lima individu.
Al-Diwaniyah merupakan salah satu kota yang mempunyai rekod keselamatan yang stabil, namun penduduknya dan pasukan keselamatan masih terdedah dengan serangan pengganas.